13 November 2016

Top 10 Malaysia Brands 2016

Top 10 Malaysia Brands 2016 | Brand Finance Asia Pacific telah mengeluarkan senarai jenama terbaik malaysia berdasarkan senarai tahunan Top 100 Malaysia Brands 2016. Senarai ini memperlihatkan kekuatan jenama sebuah syarikat di Malaysia.

Untuk tahun ini Rank 1 -3 tiada perubahan kerana masih di dominasi oleh syarikat sememangnya popular dikalangan Rakyat Malaysia iaitu Petronas, Genting dan Maybank. Syarikat tersebut juga mempunyai perniagaan bukan sahaja di dalam negara tetapi diluar negara.


Syarikat lain terdapat juga perubahan kedudukan, ada diantara naik kedudukan ada juga jatuh kedudukan. Walaupun dengan kelembapan ekonomi dan kejatuhan matawang, jenama Malaysia menunjukan daya saing dan kestabilan.

Brand Finance Asia Pacific dalam kenyataan berkata 10 jenama teratas dalam senarai tahun ini mempunyai gabungan nilai sebanyak US$24.7 bilion dan merangkumi 63 peratus daripada jumlah nilai 100 jenama terbaik.


07 October 2016

Keselamatan Kad Bank Jenis PayWave Lemah

Keselamatan Kad Bank Jenis PayWave Rendah | Kita sedia umum bahawa pihak Bank Negara telah mengarahkan Bank di Malaysia untuk mereka menukarkan kad Bank pelanggan mereka kepada jenis PayWave. Penukaran kerana ciri keselamatan yang dikatakan lebih baik serta penggunaan kad jenis Paywave lebih mesra.



Bagi yang belum menukarkan, pihak Bank telah memberi pernukaran kad bank percuma sehingga hujung tahun 2016. Selepas itu, pelanggan bank perlu membayar untuk penukaran kad bank PayWave. Jika anda kunjungi bank, anda akan mendapati ramai yang memohon menukar kad bank baru.

Hanya terdapat sebuah bank memberi kemudahan penukaran dalam laman web iaitu Maybank. Sesiapa yang mempunyai Maybank2u tidak perlu bersusah payah membuang masa, hanya buka Maybank2u dan isi maklumat yang diperlukan. Lebih menarik kad bank anda boleh diletak gambar pilihan sendiri tetapi di cas RM10.60.

Sedang kita sibuk menukar kad Bank Paywave, terdapat 1 video (sumber YouTube) berkongsi tentang keselamatan kad Bank Jenis Paywave Rendah. Video youtube dibuat memberitahu bertapa lemahnya sistem keselamatan Kad PayWave.


Saya telah ikuti komen mengenai kad Paywave di laman sosial. Rata - rata pengguna memberi maklum balas berbeza mengenai kad Paywave. Komen yang saya boleh kongsi ialah Ada yang memberitahu jika penggunaan lebih RM200, perlu ada tandatangan. Tetapi ada yang memberitahu tiada tandatangan jika membeli melebihi RM200.

Ini bermakna jika kita kehilangan kad Paywave, kad paywave boleh digunakan dengan mudah hanya perlu menyentuh sahaja untuk membayar. Mesti kita akan merasa kecewa dan sedih jika mendapati wang dalam akaun Bank habis digunakan pihak lain.

Buat masa ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak bank mengenai masalah ini. Bagi yang telah menukarkan supaya berhati-hati supaya kad anda tidak digodam seperti dalam video.

03 June 2016

Dekoder MYTV Dijual Bulan Jun 2016

Dekoder MYTV Dijual Bulan Jun 2016Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.



Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.


“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.


Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.- sumber


Bulan Jun sudah pun tiba, masih belum dengar khabar berita lagi. Adakah ianya akan menjadi realiti atau fantasi? sama-sama kita nantikan.

29 March 2016

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan | Kisah yang Pengantin bergaduh belum habis lagi. Ramai menyalahkan pihak perempuan dalam kesah pergaduhan. Apa kata kita baca penjelasan dari dua belah pihak.

2

Penjelasan Dari Pihak Perempuan

KUALA LUMPUR – Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya Wanie Azwani.

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran.

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki.

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. – Imam Masjid Khadijiah

Penjelasan Dari Pihak Lelaki

Yang dinanti-nantikan sudah tampil. Pengantin lelaki, Nor Izzat bin Norazman, 27, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 5.35 petang, 26 Mac 2016.

Berikut kenyataan laporan polis Nor Izzat:

“26 Mac 2016, jam 5.17 petang, semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum diberi.
“Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Selepas itu mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah itu.
“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.
“Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis itu, saya terus keluar dari masjid dan dia telah menumbuk muka saya.
“Tiba-tiba datang lagi dua lelaki Melayu yang dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya. Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu. Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.
Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri.

Note: Nilai sendiri perbezaan cerita kedua pihak. Anda ada pendapat sendiri mengenai cerita ini. Harap di elakkan lagi kisah seperti ini.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter