19 April 2013

Politik Oh Politik

Posted by   on

Politik Oh Politik | Dimana - mana ada sahaja cerita mengenai politik tidak kira masa dan tempat. Cerita politik juga terdapat di alam maya seperti FB (Facebook), Twitter, Blogspot, Wordpress, Whatsapp, WeChat dan sebagainya. Boleh dikatakan semakin bosan dengan cerita fitnah serta perangai ahli politik yang kebudakkan.

Ahli Politik sekarang terlalu taksub dengan parti politik masing-masing sampai sanggup tidak bertegur siapa walaupun mereka duduk satu taman / kampung / bandar. Politik, Politik juga, sampaikan pergaduhan dibawa ke dalam tempat ibadat (Masjid/Surau), dewan Orang Ramai dan sebagainya.


Tidak kisahlah anda penyokong Parti Politik mana pun, keluar sahaja anda dari khemah Parti Politik yang berkempen cukuplah sesi mengutuk dan tidak puas hati terhadap Parti Politik pihak lawan. Selepas itu anda adalah Neutral yang berhak memilih siapa yang anda inginkan jadi pemimpin.

Tidak semestinya Ahli Politik BN (Barisan Nasional ) akan undi BN dan tidak semestinya juga Ahli Politik PR (Pakatan Rakyat) undi PR. Ini kerana undi kita adalah RAHSIA!!! Hanya diri kita sahaja yang tahu apa yang kita pangkah..

Cuba lihat gambar di atas, SA cukup kagum dengan kain rentang yang diletak penduduk kampung ini. Inilah yang sepatutnya berlaku tetapi ini yang tidak berlaku. Sedih sungguh dengan perangai orang kita sekarang. Diharap mereka buka minda seluasnya..

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter