Showing posts with label Drama. Show all posts
Showing posts with label Drama. Show all posts

29 March 2016

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan | Kisah yang Pengantin bergaduh belum habis lagi. Ramai menyalahkan pihak perempuan dalam kesah pergaduhan. Apa kata kita baca penjelasan dari dua belah pihak.

2

Penjelasan Dari Pihak Perempuan

KUALA LUMPUR – Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya Wanie Azwani.

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran.

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki.

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. – Imam Masjid Khadijiah

Penjelasan Dari Pihak Lelaki

Yang dinanti-nantikan sudah tampil. Pengantin lelaki, Nor Izzat bin Norazman, 27, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 5.35 petang, 26 Mac 2016.

Berikut kenyataan laporan polis Nor Izzat:

“26 Mac 2016, jam 5.17 petang, semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum diberi.
“Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Selepas itu mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah itu.
“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.
“Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis itu, saya terus keluar dari masjid dan dia telah menumbuk muka saya.
“Tiba-tiba datang lagi dua lelaki Melayu yang dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya. Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu. Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.
Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri.

Note: Nilai sendiri perbezaan cerita kedua pihak. Anda ada pendapat sendiri mengenai cerita ini. Harap di elakkan lagi kisah seperti ini.

30 November 2012

Aaron Aziz Ditangkap Khalwat?

Aaron Aziz Ditangkap Khalwat? Jangan terperanjat dengan tajuk ini. Memang benar Aaron Aziz Ditangkap Khalwat tetapi hanya dalam drama "Adam dan Hawa" sahaja.


Aaron Aziz Ditangkap Khalwat adalah keyword pencarian dari penggunjung blog jiwasyamsul. Ianya berkaitan rapat dengan entri yang berkaitan dengan cerita drama "Adam dan Hawa" yang disiarkan Astro. Cukup kuat aura Drama Adam dan Hawa.

- Top 16 Keyword Popular
Pencarian paling banyak dicari adalah berkaitan dengan pasukan Bola sepak Malaysia iaitu Harimau Malaya.    Pencarian mengenai baju jersi Harimau Malaya yang terbaru dan mungkin ada tempias kisah kemenangan mereka terhadap Laos.

Jika dilihat Keyword pencarian blog jiwasyamsul hanya mengenai Harimau Malaya, Boboiboy dan Aaron Aziz dalam Drama Adam dan Hawa. JS hanya tunjuk 16 pencarian popular sahaja, ikutkan banyak lagi. Cukuplah 16 sahaja, trafik JS bukan Gempak pun..

19 September 2012

Drama Terhangat Adam & Hawa Lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa

Drama bersiri yang menjadi buah mulut sekarang Adam dan Hawa. Drama Adam dan Hawa di tayangkan di Astro saluran Mustika HD (134) bermula pada 27 Ogos 2012, setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam. Drama bersiri Adam dan Hawa lakonan  Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa mendapat sambutan Terhangat daripada penonton.

Jika anda pembaca novel, anda mungkin tahu bahawa Drama Bersiri Adam & Hawa asalnya adalah sebuah Novel yang di olah kepada drama TV. Sedikit Sinopsis Drama Adam Dan Hawa untuk tatapan anda.

- Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa -


SINOPSIS DRAMA ADAM DAN HAWA

Drama Adam dan Hawa ini mengisahkan tentang Ain Hawani (Nadiya Nisaa), seorang remaja lepasan SPM yang bercita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi telah ditangkap basah bersama Adam (Aaron Aziz), seorang jejaka kacak yang terkenal dengan sikap ‘playboy’nya.

Semuanya bermula apabila Ain (Hawa) bekerja secara sambilan kerana menggantikan seorang guru bersalin di sebuah tadika milik kakak kepada Adam Mukhriz. Pertemuan yang pada awalnya membimbitkan perasaan suka Ain terhadap Adam telah bertukar kepada benci ekoran tragedi berkenaan.

Impian Ain Hawa untuk bergelar graduan berjaya seakan berkecai apabila dia telah dipaksa untuk berkahwin dengan Adam bagi membersihkan nama baik keluarga. Memilukan hati Ain adalah dengan sikap Adam yang mendiamkan diri seolah-olah tuduhan khalwat itu benar-benar berlaku, sedangkan mereka rupanya telah difitnah oleh bekas teman wanita Adam yang cemburukan hubungan mereka sebagai kawan.

Apabila sudah bergelar suami isteri, Ain tak dapat menerima Adam yang bekerja sebagai juruterbang ini sebagai suami. Ditakdirkan, Ain berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negeri dan mereka berpisah sehingga 8 tahun lamanya.

Selepas tempoh yang lama, di depan pintu Masjidil Haram di Kota Mekah, mereka bertemu semula. Adam masih menganggap Ain (Hawa) sebagai seorang isteri yang sah, bagaimanapun Ain masih kekal dengan pendiriannya. Apa yang akan terjadi seterusnya?

__________________________________

Bagi yang tiada Astro atau saluran Mustika HD (134) anda boleh mencari video drama bersiri ini dengan search google. JS sediakan kepada anda 2 laman Web yang mempunyai video untuk anda tonton Drama bersiri ini di Mymedia atau Kepala Bergetar.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter