Showing posts with label Matawang. Show all posts
Showing posts with label Matawang. Show all posts

31 August 2015

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke | Berakhirnya perhimpunan Bersih 4.0 yang menjadi tumpuan bermula pada 29 Ogos 2015 sehingga malam Ahad 30 Ogos 2015. Perhimpunan yang dibuat di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa Negara Luar. Perhimpunan yang di anjurkan adalah untuk menyatakan suara rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya.

Perhimpunan lalu mendapat perhatian dunia mengenai masalah Rakyat Malaysia terhadap Pemimpin Negara. Walaupun perhimpunan ini memalukan Negara, tetapi ramai menganggap ianya adalah suara rakyat yang perlu di ambil tahu.









Dalam perhimpunan Bersih 4.0 adakah penganjur mengamalkan sikap BERSIH tanpa membuang sampah merata-rata. Bukan apa bila menganjurkan perhimpunan yang di namakan BERSIH mestilah bersih juga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Adakah mereka mengamalkan sikap Bersih? Lihat gambar di bawah...



Nampaknya perhimpunan ini mengamalkan sikap bersih dengan menyediakan plastik sampah untuk membuang sampah yang telah digunakan. Perhimpunan BERSIH 4.0 berlangsung dengan aman tanpa sebarang masalah dengan pihak berkuasa berbanding perhimpunan sebelum ini.

Untuk pengetahuan laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang mengajak ke perhimpunan bersih 4.0 akan disekat oleh SKMM. Untuk berkongsi gambar rasanya tidak salah kerana banyak laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang berkongsi gambar tidak disekat. Malah ianya tidak salah. Sekadar perkongsian gambaran suasana ketika BERSIH 4.0.

Sumber gambar: Dari pelbagai sumber online termasuk blog, facebook, twitter dan juga instagram.

16 July 2012

Mata wang Paling Tinggi Di Dunia

Selama ini mungkin ramai beranggapan bahawa Mata Wang Dunia yang paling Tinggi dan Mahal datang dari negara Eropah dan US. Nampaknya tanggapan tersebut salah!!!

JS sendiri baru tahu bahawa Mata Wang dari negara Eropah dan US tidaklah paling bernilai didunia. Cuma Mata Wang mereka hanya popular didunia adalah publisiti dan ekonomi sahaja.

Dengan pendedahan terbaru, bakal mengubah tanggapan mengenai kedudukan matawang yang tertinggi nilainya di dunia bukan milik US atau Eropah. Sebaliknya matawang dari sebuah negara Islam iaitu negara Kuwait.

Anda mesti sukar hendak percaya bukan? Tetapi inilah realiti sebenar yang ditutup oleh barat demi kepentingan ekonomi mereka. Untuk pengetahuan 1 Dinar Kuwait jika ditukar dengan US Dolar adalah $3.47. Bagaimana kalau 20 Dinar Kumait? sememangnya US Dolar $69.44.
Agak anda yang mana lebih tinggi nilainya.

Bagi siapa yang tidak mengetahui bentuk Matawang Kuwait boleh lihat gambar dibawah untuk ditunjukan kepada anda.


1 Dinar


10 Dinar


1/2 Dinar


1/4 Dinar


20 Dinar


5 Dinar

Cuba anda fikirkan dengan logik kenapa negara Islam tiada masalah ekonomi berbanding negara US dan Eropah yang sedang krisis ekonomi. Bagi JS ekonomi negara Islam bersih dari segala penipuan..

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter