Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

29 March 2016

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan | Kisah yang Pengantin bergaduh belum habis lagi. Ramai menyalahkan pihak perempuan dalam kesah pergaduhan. Apa kata kita baca penjelasan dari dua belah pihak.

2

Penjelasan Dari Pihak Perempuan

KUALA LUMPUR – Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya Wanie Azwani.

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran.

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki.

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. – Imam Masjid Khadijiah

Penjelasan Dari Pihak Lelaki

Yang dinanti-nantikan sudah tampil. Pengantin lelaki, Nor Izzat bin Norazman, 27, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 5.35 petang, 26 Mac 2016.

Berikut kenyataan laporan polis Nor Izzat:

“26 Mac 2016, jam 5.17 petang, semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum diberi.
“Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Selepas itu mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah itu.
“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.
“Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis itu, saya terus keluar dari masjid dan dia telah menumbuk muka saya.
“Tiba-tiba datang lagi dua lelaki Melayu yang dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya. Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu. Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.
Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri.

Note: Nilai sendiri perbezaan cerita kedua pihak. Anda ada pendapat sendiri mengenai cerita ini. Harap di elakkan lagi kisah seperti ini.

25 March 2013

Makna Seorang Kawan

Makna Seorang Kawan | Dalam dunia kita mesti mempunyai kawan untuk bergaul. Kawan tidak mengira lelaki atau perempuan atau bagaimana personaliti. Selagi ianya boleh dibawa kawan dalam kehidupan.

Bagi anda Kawan itu bagaimana boleh dimaksudkan atau istilah mana yang anda faham mengenai kawan. Jadi untuk mengetahui bagaimana boleh dimaksudkan kawan, mari baca pendapat mereka ini..


Kata mak,
К∂ω∂Ν itu ibarat lebah, habis madu sepah dibuang...

Kata abah,
К∂ω∂Ν itu umpama bunga ros, dipandang cantik dipegang sakit..

Kata atuk,
К∂ω∂Ν tu seperti air, terus mengalir..

Kata nenek,
К∂ω∂Ν itu bak bulan, dipuja & disanjung tapi nun jauh di sana..

Kata sedara,
К∂ω∂Ν itu macam makanan, kawan makan kawan!!

Kata abang,
К∂ω∂Ν itu seperti lembu, mengikut saja apa dikata..

Kata kakak,
К∂ω∂Ν itu tidak ubah macam durian, bau je busuk tapi sedap dimakan..

Kata adik,
К∂ω∂Ν itu macam biskut, sekejap ade sekejap tak ada..

Kata Kawan,
К∂ω∂Ν itu tempat kita pinjam wang bila-bila masa dan dimana jua..

Kata saya,
К∂ω∂Ν itu tak kisahlah camner.. walaupun dia IBARAT LEBAH, UMPAMA BUNGA ROS, SEPERTI AIR, BAK BULAN, SEPERTI LEMBU, TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM BISKUT !!!

Dia tetap К∂ω∂Ν..
Tahu tak sebab apa??? Sekali saya dah К∂ω∂Ν dengan dia selamanya dia tetap К∂ω∂Ν saya.. Itu cara saya berК∂ω∂Ν..!!

Walaupun kita mempunyai kekasih, tapi teman tetap paling setia. Walaupun kita punyai harta yang banyak,
К∂ω∂Ν tetap paling berharga.

20 December 2012

Bikers Meminta Mazidol Memohon Maaf

Bikers Meminta Mazidol Memohon Maaf | Masih ada yang teringat kes Majalah 3 membawa isu AES ? Bagi yang belum ketahui boleh rujuk INI. SA kebetulan mendapat satu post di FB (Facebook) yang dikongsi kawan mengenai aktiviti bakal di anjurkan Bikes.


Bikes ingin mengadakan bantahan dan menghantar memorandum di stesen TV3 supaya Mazidol memohon maaf kepada Bikes ( Penunggang Motor Berkuasa Besar). Perkataan yang dikeluarkan dari mulut Mazidol mengatakan Penunggang Motor Berkuasa Besar adalah "Pelesit Jalanan".

SA harap tiada berlaku kecohan di Seri Pentas kerana Bikes datang dengan cara baik mesti disambut baik. Kepada anda dan juga diri SA, berhati-hati mengeluarkan kenyataan supaya tidak menyinggung perasaan orang yang tidak bersalah...

26 July 2012

Top 10 Rude Malaysian Habits

Antara kita mesti pernah lakukan dan mempunyai habits. Kalau anda kata tidak pernah buat, rasanya anda seorang yang tidak jujur. Rata2 kita mesti lakukan habits ini secara sengaja atau tidak sengaja.

Perhatikan gambar ini, cuba cari mana satu habits yang mungkin pernah atau selalu dilakukan. JS pun ada  habits, hehehe. Apa yang dapat dikongsikan, JS tidak suka semua perbuatan dalam gambar ini kerana menyusahkan orang disekeliling kita walaupun tidak menyedarinya..

- sumber The Star Online -

09 July 2012

Facebook | Hubungan Laman Sosial


Status hubungan lelaki dan perempuan kini banyak dipengaruhi oleh laman sosial di zaman teknologi. Sukar untuk diperjelaskan kenapa ramai masih terjebak dan percaya dengan kata2 manis yang hanya tertulis di alam maya.

Secara hakikatnya laman sosial diwujudkan bagi mengeratkan hubungan sesama manusia. Manusia yang salah menggunakan laman sosial bukannya kesalahan pencipta laman sosial.

Inilah realiti sebenar yang mempengaruhi status hubungan anda sama anda lelaki mahupun perempuan.



Sudah lihat gambar di atas. Dari tiada pasangan, ada pasangan sehinggakan hubungan menjadi susah antara pasangan disebabkan oleh laman sosial inilah realiti. Jangan jadikan laman sosial mempengaruhi kehidupan anda berpasangan.

19 April 2012

Search Keywords Blog Yang Gempak


Menarik bunyinya tajuk utama.. Hehehe.. Ini keywords ku pada hari ni yang paling ramai cari.. Gempakkan.. Kebanyakan mencari bahan Lucah yang sememangnya tiada (kalau de pun cite lawak je).

Yang paling ku tak tahan Keywords 'ayahku Layari Video Lucah'.. Nie sapa yang cari kat google, pelik cite rasa pencari Keywords... Biarlah si ayah cari video tu, tu pun nak tahu gak ke..Hehehe..

Keywords menakutkan 'hantu di PSA'... Tapi kat blog ku takde cite hantu, tapi sebagai bekas pelajar PSA (politeknik Shah Alam ) cite mengenai hantu kat PSA memang de.. Pernah de kes dulu2 perempuan bunuh diri kerana teman lelaki (Cerita dari senior).. Sekarang hostel dah jd tempat penginapan lelaki.. Uuuu..!!!! Seram bila malam....

Nampaknya ramai tertarik dengan pencarian cerita lucah sampai blog ku boleh dikategori blog lucah pulak.. Adoiyai... Pe pun Trafik ku naik, walaupun kebanyakan pencarian bab porno.. Huh!!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter