Showing posts with label Story. Show all posts
Showing posts with label Story. Show all posts

29 March 2016

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan

Penjelasan Pihak Pengantin Lelaki dan Perempuan | Kisah yang Pengantin bergaduh belum habis lagi. Ramai menyalahkan pihak perempuan dalam kesah pergaduhan. Apa kata kita baca penjelasan dari dua belah pihak.

2

Penjelasan Dari Pihak Perempuan

KUALA LUMPUR – Susulan kes pengantin lelaki ditumbuk kerana tidak membayar baki wang hantaran seperti yang didakwa Kosmo! kelmarin, tampil seorang ahli keluarga pengantin perempuan berkongsikan penjelasan dari imam masjid berkenaan.

“Salam, saya selaku wakil dan ahli keluarga pihak pengantin perempuan (kakak sepupu) tidak mahu commnet atau bercerita panjang. Yang mana tidak tahu punca sebenar, janganlah menabur fitnah dan salahkah pihak perempuan.

“Di sini, cukup saya tunjukkan kenyataan dari Imam masjid itu sendiri yang menjadi saksi utama menikahkan pasangan dan juga berada di tempat kejadian serta melihat sendiri apa yang berlaku dari awal hingga akhir kejadian. Itu saja yang saya mahu sampaikan,” katanya Wanie Azwani.

Hari ini, sibuk berita di Kosmo! tentang gaduh di Masjid Khadijiah. Ramai orang bertanya pada saya, jadi penjelasan yang saya buat bukan gaduh kerana isu tak bayar wang baki hantaran. Tetapi gaduh kerana sebelah lelaki cakap kurang ajar apabila pihak perempuan bertanya baki wang hantaran.

Sudah menjadi satu tanggungjawab pihak perempuan meminta baki wang hantaran kerana sudah berjanji untuk bayar bakinya pada hari nikah. Kerana menurut Islam, berjanji itu hutang.

Pergaduhan ini terjadi kerana pihak lelaki yang memulakan dengan bercakap kurang sopan dan cabar pihak lelaki.

Saya harap kenyataan saya betul kerana nak menjaga maruah Yazid kerana Yazid di bawah kariah saya, Shahrul. Sepatutnya yang selesaikan kes ini, Rashid Janggut kerana dia dilantik sebagai jurucakap (orang tengah). Kalau dia bertindak dan pandai menyelesaikan masalah ini, saya rasa takkan jadi cerita ini. Terima kasih. – Imam Masjid Khadijiah

Penjelasan Dari Pihak Lelaki

Yang dinanti-nantikan sudah tampil. Pengantin lelaki, Nor Izzat bin Norazman, 27, yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan telah membuat laporan polis pada jam 5.35 petang, 26 Mac 2016.

Berikut kenyataan laporan polis Nor Izzat:

“26 Mac 2016, jam 5.17 petang, semasa saya melangsungkan akad nikah di Masjid Al-Khadijiah, Kampung Pantai Dalam, pihak perempuan tidak mahu meneruskan majlis berikut kerana baki wang hantaran belum diberi.
“Sewaktu mahu beredar, abang saudara tunang saya tidak puas hati dengan keadaan itu. Selepas itu mereka tidak bersetuju untuk melangsungkan akad nikah itu.
“Wang yang saya berikan kepada mereka untuk majlis tersebut sebanyak RM11,000.
“Selepas abang saudara tunang saya buat bising dalam majlis itu, saya terus keluar dari masjid dan dia telah menumbuk muka saya.
“Tiba-tiba datang lagi dua lelaki Melayu yang dipercayai saudara tunang saya dari arah belakang telah memukul saya. Rombongan saya juga dipukul semasa cuba meleraikan pergaduhan itu. Kereta rombongan saya juga dipukul oleh mereka sehingga ada kesan kemek,” katanya.
Menurut Nor Izzat, dia membuat laporan polis untuk menuntut semula gantirugi bagi semua perbelanjaan majlis nikah yang mana kesemua itu adalah duit simpanannya sendiri.

Note: Nilai sendiri perbezaan cerita kedua pihak. Anda ada pendapat sendiri mengenai cerita ini. Harap di elakkan lagi kisah seperti ini.

18 June 2015

Manusia Jejak Kaki Di Bulan Auta Ke Fakta





Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan menimbulkan kesangsian berhubung peristiwa bersejarah itu semakin hangat diperkatakan.


Sebahagian besar orang percaya bahawa pendaratan di bulan merupakan satu penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Siaran televisyen yang menunjukkan Armstrong turun dari tangga kapal angkasa Apollo 11 dan menjejakkan kakinya ke permukaan bulan kelihatan kabur dan kelabu.

Sehingga kini terdapat golongan yang percaya angkasawan AS menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969 sebenarnya diadakan dalam studio atau di sebuah gurun.

Menurut pihak pereka teori konspirasi, roket yang membawa Armstrong dan dua rakannya, Buzz Aldrin dan Michael Collins sebenarnya hanya mengelilingi orbit sebelum ia kembali ke bumi.

Pada 1979, ketika kali pertama teori konspirasi ke bulan muncul, tinjauan pendapat mendapati enam peratus rakyat AS percaya pendaratan di bulan adalah satu penipuan.

Dua puluh tahun kemudian, jumlah itu meningkat kepada 11 peratus.

Manusia sejagat, kata mereka tertipu dan terdapat bukti-bukti kukuh yang menyokong dakwaan itu.

Sejak Presiden AS, John F. Kennedy berikrar manusia akan sampai ke bulan dalam tempoh sedekad pada 1960-an, AS terdesak untuk mengatasi Rusia dalam perlumbaan ke angkasa lepas.

Pada musim panas 1969, Moscow mengumumkan akan melancarkan misi ke bulan dalam tempoh sebulan.

Namun, tekonologi pada masa itu masih lagi primitif.





Jika Niel Amstrong adalah orang pertama menjejakkan kaki di bulan, siapa pula yang mengambil gambar beliau dari luar kapal angkasa.
Sistem komputer yang dihasilkan bagi program Apollo milik AS jauh ketinggalan berbanding teknologi komputer peribadi (PC) pada masa kini.

Sistem navigasi Satnav diguna pakai oleh kereta sekarang juga jauh lebih canggih berbanding komputer Apollo yang ditugaskan memandu arah bagi misi ke bulan yang jauhnya 400,000 kilometer dari bumi.

Pada tahun lalu, ketika George W. Bush menjadi Presiden, beliau mengumumkan cita-cita AS untuk kembali ke bulan.

Namun, beliau diberitahu bahawa aspek kejuruteraan bagi tujuan itu memerlukan persiapan sekurang-kurangnya 11 tahun.

Kini, ketika ulang tahun empat dekad misi bersejarah itu semakin hampir, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) milik AS mendapat malu apabila menyedari semakin banyak pihak sangsi dengan kejayaan menjejaki ke bulan.

Di ibu pejabat NASA di Washington, kumpulan yang tidak mempercayai misi ke bulan itu digelar Penganut Penafian (HB).

Menurut HB, Amstrong sebenarnya menjejakkan kakinya di Area 51, sebuah pangkalan tentera di Nevada yang dirahsiakan daripada orang ramai oleh kerajaan AS.

Kawasan itu cukup besar untuk NASA menghasilkan latar belakang permukaan bulan.

Agensi persekutuan itu juga mendapat dana AS$40 bilion (RM144 bilion) bagi misi itu, cukup untuk membayar mereka yang terlibat dengannya supaya menutup mulut.

Menurut mereka, bagaimanakah seorang angkasawan dapat berjalan dengan matahari di belakang tetapi bahagian hadapannya diterangi cahaya sehingga jelas nampak sut angkasa lepasnya termasuk bendera AS di belakangnya.

Pencahayaan gambar itu begitu sempurna seperti dilakukan di dalam studio tetapi menurut NASA keadaan itu berlaku kerana pantulan cahaya bulan.

Menurut kumpulan HB itu, tiada satu bintang pun kelihatan pada setiap gambar manakala ruang angkasa lepas didapati hitam tanpa sebarang sebarang sinaran bintang.

Jelas HB, permukaan bulan berdebu menyebabkan tapak kaki angkasawan-angkasawan itu jelas kelihatan dan memang terdapat kesan tapak kaki pada gambar itu.

Namun, kenderaan bulan di belakang mereka yang memiliki berat 10 tan tidak meninggalkan sebarang kesan tayar.

Selain itu, bagaimana pula kapal angkasa seperti labah-labah yang mengeluarkan api dari beberapa roket pada strukturnya ketika hendak mendarat langsung tidak mendatangkan sebarang kesan terhadap permukaan di bawahnya.




Tiada kesan terbakar pada permukaan bulan ketika roket mendarat
Namun, kenapakah terdapat tapak kaki angkasawan manakala tiada kesan pendaratan kapal angkasa sedangkan graviti tidak ada di bulan.

Bendera yang dicacak oleh Armstrong dan Aldrin tidak menunjukkan bayang sedangkan bayang kedua-dua angkasawan itu, kenderaan bulan dan pelbagai jenis batu di permukaan di situ semua menunjuk pada arah yang sama.

Namun, NASA memberi alasan kejadian bayang arah yang berbeza itu adalah kerana gangguan perspektif bulan.

Gangguan itu berlaku apabila imej tiga dimensi dipaparkan pada gambar dua dimensi, kata NASA.

Beberapa bayang kata NASA, hilang kerana permukaan bulan memiliki sifat pelik di mana cahaya akan dipantulkan dari arah ia terpancar.

Bayang-bayang yang berbeza arah menimbulkan persoalan
Namun, dakwaan bahawa misi ke bulan itu tidak berlaku terus diperkukuhkan oleh kenyataan seorang jurutera yang pernah ditugaskan untuk mereka bentuk roket Apollo, Bill Kaysing.

"Apabila saya menonton televisyen, saya dapat rasakan semua adegan tersebut adalah satu penipuan tak ubah seperti roket yang diturunkan dengan menggunakan wayar di dalam studio," kata Bill.

Pada zaman itu, katanya, manusia belum memiliki teknologi untuk misi pergi ke bulan dan kebarangkalian misi itu untuk menjadi kenyataan adalah 0.0017 peratus atau dengan kata lain, mustahil.

Seorang angkasawan pada tahun 1960-an, Brian O'Leary berkata: "Saya tidak yakin 100 peratus bahawa terdapat lelaki yang berjalan di bulan."

Pandangan Brian yang merupakan penasihat program Apollo selain pernah menjadi angkasawan memberikan satu tamparan hebat.

Selain bukti saintifik, terdapat bukti mudah untuk mempertikaikan kesahihan peristiwa bersejarah itu, jelas HB.

Aldrin yang kini berumur 78 tahun dan pernah menjejaki ke bulan pernah berbalah dengan seorang wartawan televisyen yang menuntut dia bersumpah dengan kitab Injil bahawa pendaratan di bulan itu bukannya satu penipuan.

Respons yang diberikan oleh Aldrin adalah dia menumbuk wartawan itu di bahagian hidung.

Carian sumber story & picture : google, newspaper Online

19 March 2014

Laporan Hilang Isteri Atau Hilang Kereta

Seorang suami membuat laporan di balai polis ttg kehilangan isterinya : 

Suami: Isteri saya keluar rumah dari siang tadi tapi sehingga jam 9 mlm tadi dia belum pulang ke rumah... (dgn nada kerisauan)

Inspektor : Pukul berapa keluar rumah?

Suami : Saya tak perasan tetapi sebelum makan tengahari rasanya..

Inspektor : Umur isteri?

Suami : Oh.. Umur? Mmm tiga puluh... Tiga puluh dua... 

Inspektor : Berapa ketinggian isteri?

Suami : Tak pasti tapi ketinggian dia paras bahu saya

Inspektor : Kurus atau gemuk?

Suami : Err.. tak kurus juga. Sederhana rasanya.

Inspektor : Warna kulit?

Suami : Mmm... agak cerah 

Inspektor : Warna rambut?

Suami : Dia selalu tukar warna rambut jadi saya tak ingat. Maaf...

Inspektor : Pakaian yang isteri pakai semasa keluar rumah?

Suami : Tak ingat tuan. Tapi biasanya blouse dan seluar

Inspektor : Warna baju?

Suami : Tak perasan tuan..

Inspektor : Dia memandu kenderaan semasa keluar rumah?

Suami : Ya betul. Kereta saya..

Inspektor : Boleh bagi nombor kereta, jenis, warna, spesifikasi?

Suami : Spesifikasi? Ok... BMW F30 model 335i M Sport  Coupe keluaran facelift 2013. Nombo plet BJL 335. Asal warna Sophisto Grey tapi saya dah wrap minggu lepas Frozen Blue Monte Carlo. Bumbung, cover cermin, spoiler belakang dan skirting carbon fiber... Rim BBS model CHR limited edition depan 19 inci lebar 8.5inci rim belakang 20 inci lebar 9.5 inci. Tayar depan belakang Pirelli P Zero Corsa buatan Itali... Brek Brembo Signature caliper warna emas... Cermin kereta jenama V Kool model Deluxe tinted cermin depan telus cahaya 70%, cermin belakang tinted telus cahaya 50% dan cermin kiri dan kanan telus cahaya 40%. Semua cermin tahan ultra violet 97%. Boleh pakai Smart Tag. Exhaust Supersprint. Bumper depan ada kemek sebesar duit 10sen kena langgar kapcai pada hari raya China kedua dan jugak ada sikit calar sepanjang 2.5inci di diffuser belakang. Kereta baru saya wax 6 lapis pakai Meguairs Carnauba Wax Platinum di Cars International Mid Valley 2 hari lepas.

….dan tiba-tiba si suami menangis...

Inspektor: Jangan sedih encik. Saya akan cari BMW encik...

17 March 2014

Masih Lagi Mendapat CPUV Nuffnang

Masih Lagi Mendapat CPUV Nuffnang | Sekian lama meninggalkan blog tanpa entri baru selama 74 hari menjadikan blog ini sepi tanpa penggunjung. Masa yang ada telah digunakan sebaiknya tanpa ada ruang masa untuk memberi perhatian untuk menaip entri untuk diceritakan.

Cerita yang hendak dikongsikan bersama telah lenyap dari fikiran bila tidak membuat catatan bila tiba masa ada masa untuk menaip di blog. Sepanjang SA tidak mengaktifkan diri, rupanya blog ini telah dapat CPUV Nuffnang walaupun kurang penggunjung. Kalau ikutkan sukar untuk mendapat CPUV jika penggunjung kurang dari 50.

CPUV Nuffnang On Going


Sebaliknya berlaku pada blog Jiwasyamsul dimana blog ini menerima 5 CPUV yang masih On Going. Agak terperanjat juga bila melihat blog SA ini boleh mendapat sebanyak itu CPUV. Bayangkan bagaimana Blogger lain yang mempunyai penggunjung yang tinggi tidak dapat CPUV sebanyak ini. Blog Wordpress milik SA mempunyai penggunjung lebih dari 100 sukar mendapat CPUV lebih dari 1.

Terfikir juga bagaimana agaknya pihak Nuffnang menilai sebuah blog untuk di beri CPUV... Tidak perlu anda jawab soalan tersebut, bila dah bagi kira bersyukur sudah cukup. Apa pun terima kasih pada pihak Nuffnang yang masih memberi kepercayaan pada blog ini untuk terus mendapat iklan CPUV.

Bagi yang tidak pernah dapat, tapi hendak tahu caranya, Anda taip sahaja pada En. Google untuk mendapat tips. Kalau malas hendak cari dekat En. Google boleh tekan pada blog ini pada bahagian atas yang tertulis Tips. Anda mungkin boleh jumpa cara mendapatkan Tips...

02 January 2014

Bila TERPOLITIK

Bila TERPOLITIK | Lama juga SA tidak menulis Blog, rasa macam jangal pula bila nak buat ayat. Blogger separuh masa memang macam ni. Ada masa tertentu Update Blog, kalau sibuk, terus bersarang blog ditinggalkan. Penggunjung setia pun dah jarang datang kerana blog tiada cerita baru.

Sebelum menulis entri baru, SA ber blog Walking dahulu, entah macam mana termasuk blog politik. Blog politik mesti cerita politik. SA kurang minat politik, senang cerita SA atas pagar orangnya, yang mana bagus itu yang dipilih jadi pemimpin.

Dalam Blog Politik tersebut SA amat tidak sokong sangat cara mereka menyalahi pihak lain tanpa usul periksa sebelum menghentak pihak lain. Realiti sebenar ditutup, manakala fantasi (penipuan) di wujudkan bagi mewujudkan sifat marah.

Politik Malaysia

SA dengan selamba memberi komen bertentangan dengan apa yang dicanang penulis blogger Politik. Tetapi apa yang SA beri komen berdasarkan pengetahuan yang benar bukan reka cipta macam Blogger tersebut. Terasa sedikit menyesal kerana terlibat dalam komen Blog Politik.

Bila TERPolitik sifat marah, tidak puas hati dan tidak peduli akan wujud bagi mempertahankan kebenaran yang bukan kebenaran. Nasihat SA bagi yang hendak berpolitik, silalah jadi orang berpolitik yang adil dimana ada masa ketika kerajaan ada masa juga pembangkang. Bukan suruh jadi lalang atau atas pagar tetapi supaya dapat berfikir dengan rasional bukan secara emosi...

08 December 2013

Luahan Hati Pekerja TNB

Luahan Hati Pekerja TNB | Baru ini kerajaan telah menggumum kenaikan takrif elektrik untuk pengguna yang melebihi 300kwh/j. Bagi pengguna bawah 300kwh/j tiada kenaikan dan subsidi untuk 90kwh/j (RM20) masih di beri oleh TNB (Tenaga Nasional Berhad). [p/s: bukan kerajaan yang bagi subsidi].

Luahan ini SA dapat dari FB dari rakan punya rakan yang bekerja di TNB. Bagi yang masih tidak tahu kerjaya di TNB dan kesusahan mereka apa kata baca luahan mereka ini.


Jika minyak naik, rakyat akan menyerang kerajaan. Rakyat tidak menyalahkan petronas walaupun syarikat nasional ini mengaut keuntungan berpuluh billion. Tetapi apabila tarif elektrik naik, rakyat menyalahkan TNB dan bukan kerajaan.

Mengapa double standard.?

TNB disalahkan hanya kerana syarikat ini menjana keuntungan. Apakah rakyat mahu TNB rugi beratus juta seperti MAS.? Rakyat sepatutnya bangga dengan pengurusan TNB kerana menjana keuntungan dan bukan membazirkan duit rakyat seperti MAS.

Rakyat wajib menyalahkan kerajaan kerana melahirkan IPP untuk merompak duit rakyat. Sepatutnya, dasar penswastaan ke atas kepentingan awam harus dihapuskan dan bukan ditambah. TNB hanya menjadi kambing hitam dan mendukung biawak yang dilahirkan sendiri oleh kerajaan.

Berapa billion kerajaan dan TNB sudah membayar IPP.? Mengapa rakyat tidak menghentam IPP walhal syarikat ini mengaut keuntungan tanpa bersusah payah menajaga kepentingan rakyat.

Keuntungan industri tenaga daripada sektor penjanaan, bukan penghantaran atau pengagihan.

Umum hanya tahu TNB monopoli tenaga. Itu pandangan umum walau sebenarnya TNB hanya membekalkan 49% daripada tenaga keseluruhan. Dengan nilai bekalan tidak sampai separuh, TNB mampu mencapai keuntungan. Bayangkan berapa banyak keuntungan yang dikaut oleh IPP.?

TNB bukan syarikat Ali atau Ah Seng tapi syarikat rakyat. Mengapa rakyat marahkan TNB kerana syarikat ini berjaya diurus.?

Jika syarikat rakyat, mengapa tarif naik.?

Tarif naik kerana dasar kerajaan yang mengurangkan bahan bakar kepada industri tenaga. Jika IPP mengenakan kenaikan tarif, sudah pasti TNB juga mengenakan tarif. Dalam hal ini, rakyat harus menyalahkan kerajaan dan bukan TNB.

Bonus syarikat

Berapa bonus LHDN.? Percaya atau tidak jabatan kerajaan ini memberikan bonus 6 bulan gaji dan jauh lebih tinggi dari TNB. Mengapa jabatan kerajaan boleh memberi bonus yang tinggi kepada kakitangannya sedangkan TNB itu SWASTA.

Mengapa tidak mempertikaikan Petronas memberikan bonus tinggi kepada anggota kerjanya tetapi pada masa yang sama subsidi minyak untuk rakyat dikurangkan. Mengapa tidak menyarankan agar minyak rakyat dikembalikan kepada rakyat.

Percaya atau tidak, TNB pernah ditawarkan bonus 0.5 bulan gaji. Pekerja TNB hanya mengecapi erti bonus hanya selepas kerusi CEO dipegang oleh orang dalam. Selama bertahun-tahun kerajaan telah meletakkan CEO yang menjerut leher pekerja dan pada masa yang sama melantik kuncu-kuncunya menjadi bos kepada jabatan.

Semenjak CEO Petronas bertukar tangan, polisi untuk menjaga kepentingan rakyat juga berubah. Dari peniaga kecil sehingga pemberian subsidi kepada TNB juga dihentikan. Hanya selepas perdana menteri didesak oleh kesatuan sekerja, barulah Petronas membayar ganti rugi.

Gaji

Menteri Besar Selangor memberi komen, kenaikan gaji menteri besar dan jawatan lain masih rendah berbanding dengan sektor swasta. Percaya atau tidak gaji pekerja TNB adalah lebih rendah sedikit daripada penjawat awam. Malah ada gaji anak syarikat TNB boleh memohon bantuan zakat. Jika dibezakan gaji penjawat awam selepas pelarasan baru-baru ini, sepatutnya penjawat awam bersyukur kerana mendapat gaji jauh lebih tinggi daripada TNB. Malah selepas penjumudan jawatan, sebahagian daripada mereka mendapat kenaikan pangkat secara percuma.

Setiap bulan, ada sahaja berita kemalangan maut sewaktu melakukan kerja harian. Ini risiko yang perlu diambil oleh pekerja untuk mencari sesuap nasi. Inilah kehidupan warga TNB. Dikala warga kerajaan bersama keluarga, pekerja TNB masih ditempat kerja untuk memastikan tiada tempat dalam kegelapan.

Bil eletrik ini hanya untuk membangkitkan isu semasa. Ada ke premis atau kediaman yang dipotong bekalan hanya kerana satu sen.?

Dalam banyak pendapat yang dilontarkan, hanya Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman memberikan pendapat membina. Hanya penjanaan dikembalikan kepada TNB, tarif elektrik boleh bertahan dalam sesuatu masa.

Elektrik naik: Kaji semula pembelian tenaga IPP

NOV 29, 2013 ANIS NAZRI

KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) mencadangkan kerajaan untuk menurunkan kadar pembelian tenaga dari IPP yang menjadi punca kerajaan menaikkan tarif elektrik bermula tahun hadapan.

Pengarah Komunikasi Fomca, Yusof Abdul Rahman berkata kadar pembelian tenaga dari IPP itu mungkin boleh diturunkan apabila IPP terbabit sudah mendapat keuntungan dan mampu membayar balik pinjaman mereka.

Bercakap kepada Harakahdaily, Yusof menegaskan kerajaan boleh mengkaji semula kadar pembelian tersebut yang dikenalpasti antara punca menyebabkan kos pengurusan tenaga meningkat dan seterusnya tarif elektrik perlu dinaikkan.

"Jika IPP sudahpun mendapat keuntungannya, malah sudah mampu membayar balik pinjaman mereka, kadar pembelian tenaga itu boleh dikurangkan. Ia akan membantu mengurangkan kos pengurusan yang tinggi dan mengelakkan kenaikan tarif berkenaan," tegas beliau.

Malah, katanya kerajaan juga boleh mengkaji semula dasar untuk menetapkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar menjana tenaga secara sendiri pada masa akan datang.

Tambah Yusof, memang diakui TNB terpaksa menanggung kos pengurusan yang sangat tinggi, tetapi adalah lebih baik jika TNB sendiri menjana tenaga, sekaligus membekalkan kepada pengguna.

"Dasar yang ada sekarang, penjanaan tenaga dibuat oleh IPP, TNB hanya membekalkan kepada pengguna. Pada masa akan datang, mungkin TNB boleh jana tenaga sendiri, sekaligus membekalkan tenaga. Biarpun kosnya masih tinggi, ia masih mampu menjimatkan kadar pembelian tenaga dari IPP," tegas beliau lagi.

Apa yang di luahkan oleh empunya diri (pekerja TNB) tidak memihak pada sesiapa. Sekadar untuk memberi tahu betapa susah payah mereka bekerja tanpa mengira masa. Walaupun ramai diluar sana mengatakan pekerja TNB banyak gaji, hasil gaji mereka adalah kerja mereka siang dan malam.

Bagi kita yang tidak tahu situasi sebenar, jangan terus menghukum tanpa siasat dahulu. Bagi SA banyak pihak perlu disalahkan dari Kerajaan, Pembangkang dan rakyat kerana kita sendiri punca segalanya berlaku.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter