Showing posts with label news. Show all posts
Showing posts with label news. Show all posts

03 June 2016

Dekoder MYTV Dijual Bulan Jun 2016

Dekoder MYTV Dijual Bulan Jun 2016Kuala Lumpur – Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan MYTV Broadcasting Sdn Bhd yang bakal dilancarkan bermula Jun ini dilihat bakal menjadi persaingan kepada Astro tidak lama lagi.



Menurut sumber SuaraTV, siaran televisyen itu akan menyediakan 80 siaran dan 40 saluran radio yang dipancarkan secara percuma kepada pengguna di Malaysia dengan 45 siaran yang mengunakan teknologi berdefinisi tinggi (HD – High Defination).


“Mereka yang berminat boleh mendapatkan dekoder yang dijual dengan harga RM200 itu pada bulan Jun ini.


“Saya juga difahamkan mereka yang mendaftar dengan BR1M akan menerima dekoder ini secara percuma” ujarnya kepada SuaraTV sebentar tadi.


Beliau yang enggan mendedahkan identitnya itu turut berkata sebagai permulaan siaran ini akan dinikmati kumpulan penonton di Pantai Timur merangkumi Pahang, Terengganu dan Kelantan. Fasa seterusnya siaran akan diperluaskan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diikuti negeri-negeri di Utara Semenanjung.


Fasa akhir ASO melibatkan kawasan Lembah Klang termasuk Putrajaya, dengan anggaran 98 peratus muka bumi Malaysia akan diliputi DTTB merangkumi 80 saluran TV dan 40 saluran radio percuma menjelang akhir 2017.


Kualiti gambar dan suara dalam format digital akan menjadi jauh lebih baik dari sekarang, disertakan dengan pelbagai ciri terkini untuk memberi pengalaman menonton siaran televisyen yang lebih menarik kepada pengguna.


Segalanya setanding dengan yang ditawarkan Astro sekarang termasuk pengaturcaraan pelbagai saluran, panduan program elektronik dan sistem audio alih bahasa, bezanya tiada lagi gangguan tergendala disebabkan cuaca buruk dan lebih penting ianya adalah percuma.


Majoriti pengguna Astro sebelum ini dilaporkan sering merungut mendapat aduan daripada pelanggan yang mengatakan servis semakin hari semakin mahal.


Selain Astro, siaran berbayar lain iaitu HyppTv di bawah pakej Unifi TM dan ABNXcess dilihat tidak begitu popular selain caj perkhidmatan yang dilihat lebih mahal daripada Astro.


Manakala siaran berbayar seperti MegaTV, FineTV dan MiTV sedikit masa dahulu telah ‘lenyap’ sehinga ada yang tidak sedar dengan kewujudan mereka.- sumber


Bulan Jun sudah pun tiba, masih belum dengar khabar berita lagi. Adakah ianya akan menjadi realiti atau fantasi? sama-sama kita nantikan.

04 October 2013

Perbelanjaan Tidak Masuk Akal

Perbelanjaan Tidak Masuk Akal | Laporan Audit Negara telah banyak membongkarkan salah laku pekerja kerajaan. Lihatlah di mana-mana surat khabar pasti akan ada cerita mengenai jumlah pembayaraan yang tidak masuk akal.

Di laman sosial ramai menggutuk kerajaan kerana membazir duit rakyat dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk negara serta rakyat. Sedangkan hutang negara telah melebihi 50% yang boleh menyebabkan banyak subsidi akan dikurangkan.

Apa yang SA sendiri agak terkejut bila barang yang dibeli iaitu jam dinding dengan harga murah di bayaran dengan harga tinggi. Kenapa mereka boleh meluluskan jumlah wang sebanyak itu hanya untuk sebuah jam yang bernilai RM 100. Lihatlah bagaimana kerajaan membazirkan wang rakyat di kala ekonomi dunia tidak menentu.


Kerajaan menyuruh rakyat supaya berjimat cermat dalam kehidupan seharian tetapi kerajaan sendiri membazir wang berjuta ringgit hanya untuk perkara yang tidak munasabah. Kini kerajaan sedang bergantung kepada wang KWSP (EPF) untuk meneruskan ekonomi kerajaan.

Manakala syarikat GLC seperti Petronas dipaksa memberi subsidi petrol kepada rakyat. Begitu juga dengan TNB yang perlu memberi subsidi kepada rakyat yang bil kurang RM20. SYABAS pula dipaksa menaikan harga air bagi mendapat extra wang bagi menampung operasi kerajaan.

Kita mungkin tidak berapa nampak bahawa kewangan negara sedang bermasalah di sebabkan kerajaan menutupnya dengan rapi. Tetapi bagi yang bekerja disyarikat GLC pasti sudah ketahui hal sebenar berdasarkan.

Sudah tiba masanya kerajaan berjimat cermat seperti syarikat swasta dan berhenti memberi janji wang kepada rakyat. BR1M sebaiknya tidak perlu diberi seperti kata Tun Mahathir bagi mengelakan rakyat Malaysia terus meminta-minta seperti peminta sedekah.

27 September 2013

Petrol RON95 Bakal Naik Lagi

Petrol RON95 Bakal Naik Lagi | Rakyat Malaysia sedang bercakap tentang suatu cerita seperti Negara bakal berperang. Pengilang, pemborong, peniaga dan stesen minyak lain cerita pula, mereka sedang menunggu dengan senyum gembira untuk menjadi orang kaya dengan peluang yang bakal tiba. Apakah cerita yang sedang hangat diperkatakan? Baca dahulu petikan berita dibawah...

RON 95 Naik RM 0.15
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara. 
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman. 
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia,
" kata beliau kepada Bernama. 
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand. 
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya. 
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu. 
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80. 
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.-Sumber Yahoo MY.
Cerita apa lagi kalau bukan mengenai Petrol RON 95 bakal di naikan lagi. Cerita belum sahih petrol RON95 akan naik RM 0.15 sen. Sebelum ini Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik RM0.20Cuma yang tidak boleh diterima adalah perbandingan dengan negara lain.

Tidak perlu pusing-pusing cerita, cerita sahaja penyeludupan banyak merugikan wang rakyat dan hasil negara. Bagi yang belum tahu subsidi Petrol dan Diesel di beri oleh PETRONAS bukannya kerajaan.

Negara kita kaya dengan Diesel tetapi kurang Petrol. Petrol yang ada tidak mampu menampung kehendak penggunaan rakyat jadi terpaksa meng Import Petrol jumlah yang banyak.

SA tidak salahkan Kerajaan 100% kerana ianya juga salah segelintir rakyat negara kita yang menjual minyak pada negara jiran. Kita jangan menggelabah lebih sangat, sudah tiba masanya untuk diri kita atur kembali pengurusan wang. Sebagai langkah berjimat cermat.

Kurangkan kehendak, tumpukan pada Keperluan..

11 August 2013

Harap Saja Stadium Mahal

Harap Saja Stadium Mahal | Perlawanan bolasepak persahabatan antara Malaysia dengan Barcelona FC umpama membawa padah pada diri sendiri. Perlawanan yang dikatakan menarik untuk ditonton bertukar menjadi sebaliknya.

Perlawanan persahabatan Malaysia dan Barcelona berkesudahan 1 - 3, penjaring Malaysia Amri Yahyah (40) manakala Barcelona FC, Cesc Fabregas (33), Neymar (42) dan Gerard Pique (74). Penonton dipamirkan pemainan kurang menarik antara kedua pasukan. Selain itu, 34,000 penonton yang hadir kecewa apabila Lionel Messi tidak beraksi dalam perlawanan tersebut.

Perlawanan Persahabatan di langsungkan di Stadium Shah Alam apabila Stadium Nasional Bukit Jalil mengalami masalah padang yang teruk. Bayangkan Stadium yang berharga RM800 Juta telah memalukan Malaysia.

Stadium Nasional Bukit Jalil Memalukan
- sumber kosmo -
Pelbagai alasan diberikan pihak Perbadanan Stadium Malaysia yang menguruskan padang sehinggakan menyalahkan kontraktor . Jika terdapat salah kontractor yang membuat kerja secara cuai, kenapa perlu dibayar kontraktor tersebut? Nampak ada unsur salah guna wang rakyat disini. Rumput padang yang berharga RM3 juta di padang Stadium Nasional Bukit Jalil sangat teruk sedangkan pada Stadium Shah Alam yang nilainya sama kelihatan baik.

Apa pun yang telah berlaku, telah berlaku. Sesi memberi alasan sudah boring didengari oleh kita. Cerita masalah ini tidak akan didengari lagi selepas beberapa bulan. Tetapi akan berulang kali akan keluar dimasa akan datang jika masih ambil sambil lewa.

Berhenti bagi alasan dengan salah orang lain. Perhatikan diri dahulu sebelum menyalahkan pihak lain. Jika pasukan Malaysia asyik kalah, bubarkan sahaja seperti bola sepak wanita kebangsaan, ianya hanya membazirkan wang rakyat sahaja. Sudah boring disajikan dengan kekalahan dan alasan..

05 August 2013

Produk Susu Danone Dumex Di Tarik Balik

Produk Susu Danone Dumex Di Tarik Balik | Jatuh reputasi syarikat Danone Dumex di mata pengguna apabila produk susu di tarik balik. Satu kesilapan kecil yang mengakibatkan bahan yang terdapat dalam susu tidak mencapai kualiti yang ditetapkan.

Bagi yang belum ketahui produk susu Dumex tarik balik boleh baca sedikit artical dari Harian Metro ini.

Danone Dumex (Malaysia) Sdn Bhd (Danone Dumex) menarik balik keluaran terhad Dumex Dupro, Mamex Cherish, Mamex Explore dan Bebelac sebagai langkah berjaga-jaga. 
Danone Dumex, dalam kenyataan di sini semalam, berkata, Fonterra memaklumkan Danone Dumex Malaysia bahawa satu daripada ramuan mereka mempunyai potensi isu kualiti. 
“Keselamatan pengguna keutamaan utama kami. Tiada produk yang diuji dan dijual di Malaysia menunjukkan sebarang pencemaran, tetapi dengan maklumat terbaru yang diterima daripada Fonterra, kami membuat keputusan mengambil langkah berjaga-jaga menarik balik kumpulan tertentu produk kami,” kata kenyataan itu. 
Kelmarin pihak berkuasa New Zealand mengeluarkan amaran mengenai ‘whey protein concentrate’ (WPY) dalam keluaran Fonterra kerana disyaki dicemari dengan Clostridium botulinum, yang boleh menyebabkan keracunan makanan. 
WPC adalah bahan dalam formula bayi, susu tepung dewasa dan minuman sukan. Dilaporkan produk itu dieksport dari New Zealand ke beberapa negara termasuk Malaysia.- Selanjut di Harian Metro

Sila ambil perhatian terhadap masalah ini bagi mengelak keracunan makanan terhadap baby dan diri sendiri. Akibat daripada kecuaian pengeluar, pengguna menjadi mangsa. Nasib baik Danone Dumex cepat tarik balik produk susu mereka sebelum berlaku perkara yang tidak di ingini.

19 March 2013

Elektronik Rokok Di Haram



Elektronik Rokok Di Haram | Sebelum ini SA ada kongsikan dengan anda entri gambar pelbagai bentuk e-rokok (Elektronik Rokok). Anda boleh lihat di SINI. Cerita mengenai Elektronik Rokok tidak habis-habis, apabila kini kerajaan mengharamkan penjualannya.

Kementerian kesihatan mendapati bahawa e-rokok menggundang penyakit kronik jika menghisap. Ini kerana  kandungan dalam cecair e-rokok mengandungi bahan racun yang berbahaya. Sesiapa yang menjual akan dikenakan denda RM 3000 dan penjara setahun.


E-rokok sekarang telah popular dinegara ini. Jadi mungkin pihak kerajaan menggambil tindakan bagi mengelak kerajaan hilang pendapatan hasil cukai rokok yang tinggi.

Hasilnya perokok merokok e-rokok akan kurang merokok sehingga perokok sendiri akan berhenti merokok dan berhenti juga menggunakan e-rokok. Bagi anda yang tidak merokok jangan sesekali mencuba merokok, kesan memudaratkan diri serta kewangan anda.. Jauhi rokok dan asap rokok..
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter