27 December 2015

Main Game Dengan Calculator

Main Game Dengan Calculator | Selalunya apa yang kita tahu mengenai Calculator hanya boleh untuk melakukan pengiraan sahaja. Rupanya ada fungsi lain yang kita tidak tahu. Fungsi lain yang selama ini ada yang kita kurang ketahui ianya boleh juga untuk bermain game menggunakan calculator.

Bunyi seperti sukar hendak percaya bermain game dengan calculator. Game yang ada dalam calculator tidaklah sehebat atau secanggih dalam handphone. Cuma game yang boleh dimain hanyalah game tetris dan defender. Game seperti block masa dulu kita main sebelum game grafik muncul.

Walaupun calculator boleh digunakan untuk main game, tetapi masih ada tetapinya sebab menurut dari sumber video berkenaan hanya model-model tertentu Canon sahaja yang boleh berbuat demikian. Anda boleh layan sendiri video dibawah kalau hendak lihat sama ada betul ke calculator boleh di jadikan permainan game.


Lepas ini boleh cubanya sendiri dengan calculator sendiri. Game ini sekadar untuk hilangkan bosan sahaja, hendak lebih-lebih guna smartphone sendiri. Yang menarik bila guna calculator untuk main game, bos tak tahu yang kita tengah main Game sebab dia nampak seperti kita tengah sungguh-sungguh buat kerja.

15 December 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA


Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA | Kepada yang pernah belajar di POLITEKNIK SHAH ALAM, Alumni PSA akan mengadakan mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA pada hari Sabtu ini. Kalau anda ada masa lapang sabtu ini apa kata datang untuk meriahkan suasana. Manalah tahu boleh jumpa kawan lama secara tidak sengaja di sana nanti.

Bagi yang terasa ingin hadir boleh lihat keratan gambar akhbar yang saya sertakan dibawah ini. Ianya telah disertakan sekali tarikh, masa dan tempat berlangsungnya Mesyuarat Agung.

Keratan Akhbar
Dengar cerita Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Alumni PSA diadakan bagi membuat pemilihan baru untuk Ahli Jawatan Kuasa (AJK). Saya salah seorang bekas pelajar PSA akan cuba hadir kerana saya juga adalah ahli Persatuan Alumni.

Anda juga mungkin adalah ahli juga, cuba ingat kembali yuran yang dibayar masa hendak ambil sijil dahulu. Kehadiran di mesyuarat ini membolehkan kita bertanya dan mendapat maklumat mengenai wang yang dibayar adalah untuk kegunaan apa oleh Alumni PSA.

Bagi yang ingin hadir atau tidak disarankan oleh pihak alumni PSA untuk mengisi borang Google Form yang telah mereka sediakan. - Google Form Kehadiran/Tidak Hadir -

16 November 2015

Malware Menyerang Kembali

Malware Menyerang Kembali | Selesai sahaja menghapuskan Malware, kini diserang kembali dengan Malware. Amaran telah di keluarkan kepada pengunjung Blog saya jika hendak melayari Apacer[dot]org.


Saya pelik pula kenapa di serang kembali oleh Malware walaupun telah membuang page yang telah di jangkiti virus. Bila di scan online Malware di dapati terdapat malware di page lain pula. Kali ini Link yang di jangkiti banyak pula dan yang pernah di DELETE muncul juga semasa scan.

Bace : Risiko Malware Terhadap Blog
Hendak tak nak terpaksa menggunakan cara lain bagi mencari punca ianya kembali menyerang. Dalam pencarian di Google, terdapat pelbagai cara untuk membuang Malware. Kebanyakkan blogger berkongsi pelbagai cara untuk membuang Malware.

Saya buka beberapa laman Blog yang berkongsi cara Delete Malware. Ada yang copy paste saya pangkah terus. Bila saya baca beberapa blog yang tutorial buang Malware dari dalam dan luar negara, di dapati terdapat satu persamaan.

Walaupun cara membuang Malware berbeza, didapati kesemuanya bercerita mengenai widget yang perlu di Delete sebelum melakukan langkah pembuangan Malware. Widget paling ketara sekali perlu di buang mengenai bloglist dan counter.

Baca : Cara DELETE Malware Dalam Blog

Widget tersebut punca malware yang ada dalam blog. Dari widget tersebut, Malware akan menyerang page blog yang popular di kunjungi. Saya ambil langkah keselamatan dengan hanya meletak widget tertentu sahaja.

Jadi siapa yang letak widget pelik - pelik, sila lah remove sebelum di jangkiti virus. Letak widget yang penting sahaja. Kurang penting abaikan.

17 September 2015

Rokok Pelangi

Rokok Pelangi | Tengah jalan-jalan dalam dunia maya saya terlihat rekabentuk rokok yang menarik perhatian untuk di tekan. Apa yang menariknya ialah gambar yang memaparkan rokok yang dibaluti pelbagai corak yang berwarna.

Rokok Pelangi

Saya sangkakan ianya hanyalah kreativiti artis lukisan untuk membuatkan rokok kelihatan menarik untuk pameran lukisan dan arca. Rupanya bukan. Ianya adalah rokok Pelangi yang mengeluarkan asap berwarna warni yang berbagai warna. Ianya amat berainan sekali dengan rokok yang ada di dalam pasaran.

Perokok yang menghisap rokok Pelangi akan menghembuskan asap berwarna warni seakan pelangi. Nampak unik dan kreatif sungguh manusia yang mencipta rokok pelangi. Rokok sebelum ini hanya mengeluarkan asap putih dan kurang menarik.

Menurut cerita rokok pelangi popular di pasaran Indonesia. Tetapi harganya dalam rp80,000 dan nama rokok ini di Indonesia Sobraine Cocktail . Di negara kita Malaysia rokok pelangi telah berada di dalam pasaran tetapi ianya di bawa secara tidak sah.

Rokok Pelangi bara


Perempuan Seksi Hisap Rokok Pelangi

Gadis Hisap Rokok Pelangi

Menurut cerita dari perokok, hendak cari rokok pelangi agak sukar sedikit kerana penjual rokok pelangi akan menjualnya kepada orang tertentu sahaja bagi mengelak kantoi dengan penguatkuasa. Harga untuk rokok pelangi di Malaysia belum diketahui lagi.

Kehadiran rokok pelangi di Malaysia boleh menyebabkan peningkatan perokok di kalangan kanak-kanak dan juga wanita. Di harap rokok ini di haramkan atau kalau boleh jangan di viral atau di paparkan di kaca televisyen.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter