13 January 2013

Melaka Wonderland Mengecewakan

Posted by   on


Melaka Wonderland Mengecewakan | Cuti hujung minggu sebegini SA tidak lepaskan peluang untuk membawa keluarga melancong ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Sangat berguna melancong ke bandar bersejarah. Di sana SA lihat ramai ibu bapa membawa anak mereka ke Melaka. Hampir kebanyakan adalah pengunjung dari Johor dan Melaka.

SA berkunjung taman tema air yang di panggil 'Melaka Wonderland'. Fikiran SA mesti gempak taman tema air berdasarkan nama, rupanya indah khabar dari nama.

Suasana bising dari audio DJ yang memutarkan lagu yang menyakit telinga. Manakala harga makanannya 4 kali mahal dari luar dan perkhidmatan yang sangat teruk.

Tempat untuk kanak-kanak mandi dalam paras air tahap peha orang dewasa. Kedai makan pula bagaikan hidup segan,mampus tidak mahu. SA tidak mahu cerita banyak sangat nanti kena saman pula. Cuma SA boleh kata 'Wide World' kat Shah Alam yang kecil tu lagi hebat dan bagus.



Tempat jual makanan sangat sedih

Biarlah nama taman tema air yang diberi sehebat namanya. Bukan tangkap muat, janji dapat untung. Kebanyakan yang datang dari KL, Selangor dan Johor yang baru pertama kali datang. Pengunjung tempatan yang datang hanyalah budak remaja yang bermotor yang datang untuk berhibur bersama pasangan masing2.

Walaupun kecewa dengan taman tema air, SA tetap berpuas hati melawat di kawasan bandar Melaka lebih lagi kawasan bersejarah.

  1. moga ditingkatkan kualiti tempat tu. agar tidak ada org yg kecewa. terutama pelancong.
    hmmmm

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter