03 January 2013

Terkena Penyakit Tibi

Posted by   on

Terkena Penyakit Tibi | Seharian SA berada di Hospital untuk membuat pengesahan terhadap penyakit yang di hadapi. Dari pemeriksaan, SA di Sah kena Penyakit TiBi melalui x-ray dan perlu membuat pemeriksaan semula untuk mendapat kepastian yang sahih.

 -Bakteria Mycobacterium tuberculosis ( Bateria Tibi)-
Apa itu Penyakit Tibi ? Batuk kering atau penyakit tuberkulosis (sering digelar tibi) adalah jangkitan bakteria Mycobacterium tuberculosis, yang biasanya menyerang paru-paru dan ia juga mampu menyerang sistem saraf tunjang, sistem limfa, sistem peredaran (TB miliari), sistem genitourinari, tulang, sendi dan lain-lain.


BAGAIMANA PENYAYIT TIBI MEREBAK?
* kuman Tibi di sebarkan melalui udara.
* Pesakit Tibi akan mengeluarkan berjuta-juta kuman Tibi ke udara ketika bersin atau batuk.
* Orang yang menyedut udara tercemar dengan kuman Tibi akan berisiko untuk dijangkiti penyakit Tibi.

TANDA-TANDA PENYAKIT TIBI
*Batuk berterusan Iebih dari 2 minggu
*Kahak berdarah
*Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam
*Hilang selera makan
*Susut berat badan
*Sakit dada apabila menarik nafas atau batuk
*Mudah Ietih.

BAGAIMANA MENGESAN PENYAKIT TIBI
*Jika anda mengalami tanda-tanda yang disebutkan, anda perlu melakukan pemeriksaan berikut:-
*Pemeriksaan doktor
*pemeriksaan kahak untuk pastikan kuman Tibi
*Pemeriksaan X-ray dada.

FAKTA PENTING
*Penyakit Tibi tidak boleh berjangklt melalul makanan dan minuman.
*Penyakit Tibi bukan sejenis penyakit keturunan
*Pesakit Tibi yang telah menerima rawatan lebih dari 2 minggu, tidak lagi menjangkiti orang lain.
*Anda berpeluang untuk sembuh jika anda mematuhi rawatan yang disediakan.

RAWATAN PENYAKIT TIBI
*Penyakit Tibi boleh dirawat dengan sempurna sekurang-kurangnya selama 6 bulan iaitu:-

  • 2 bulan pertama -makan ubat setiap hari
  • 4 bulan berikutnya-makan ubat 2 Kali seminggu
Bahaya juga penyakit Tibi nie. Nasib baik SA cepat pergi mendapat rawatan, sekarang nie kena telan ubat je.. Seksanya.. Baca ini juga - Bahaya Penyakit Tibi -

Nasihat SA pada anda, rajin buat pemeriksaan kesihatan (sekurangnya 1 tahun sekali) bertujuan mengesan sebarang penyakit yang mungkin kita hadapi tanpa pengetahuan.

  1. elok2lah semuanya.. jaga kesihatan.... utamakan kesihatan.

    ReplyDelete
  2. penyakit tibi.. aka batuk kering.. hmm ingat dua perkara yg berbeza.

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum SA,
    saya pernah menghidap tibi pada tahun lepas pada july. agaknya bagaimana ia boleh dijangkiti pada saudara? persekitaran yg bagaimana saudara selalu berada? saya ingin bertanya bertujuan dengan research saya tentang penyakit TB untuk dibentangkan menjadi sebuah dokumentari pendek nanti.

    ReplyDelete
  4. @Nabilawasalam..sy sndiri pun xtahu bgmana sy dpt.cz sy jarang ketempat sesak..lbh dtempt keje..tmpt keje pn sorg shj..persekitaran sy tiada masalah krn suasana persekitaran yg bersih (ddk kwsn kmpng)..

    Apa yg sy blh kongsi inya mungkin dbw oleh angin atau mngkn seseorg yg tlh djangkiti tetapi org t'sebut tidak mengetahuinya...

    ReplyDelete
  5. takut plak baca psl tibi ni? apa2pun hope ko cepat sembuh bro.. amin,,

    ReplyDelete
  6. Sekarang dah baik ke? Klu jalani rawatan n mkn ubat boleh sembuh kah pnyakit ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allhamdulillah..skrg dh chat. Penyakit nie blh sembuh jika ikt cr doc yg merawat. Jika ambl smbl lewa dlm pengambln ubat n rawatan lmbt akan sembuh.

      Delete
  7. En syamsul anuar. Boleh sy tahu mcm mana en syamsul boleh tergerak hati nak.jmp doc? Please kindly emel me: dayangmtib@gmail.com. sy skrg tgh tgu result darah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tergerak nk jumpa doc apabla batuk keluar darah...Batuk yg SA hadapi berlarutan selama seminggu..

      Delete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter