Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

03 May 2013

Renew Domain


Renew Domain | Sudah tiba masanya SA untuk Renew Domain yang SA beli dari NetKL. SA adalah pelanggan NetKL dari 15 ogos 2010 jadinya hampir 3 tahun bersama dengan syarikat ini. Buat masa ini perkhidmatan dari syarikat NetKL tidak memberi masalah kepada SA sepanjang bersama syarikat ini.

SA amat berpuas hati dengan tindakan yang di beri pihak NetKL dalam menyelesaikan masalah. Tidak hairanlah ianya menjadi pilihan blogger pada tahun 2010. Pada ketika itu banyak yang blogger memuji syarikat ini dan membuatkan SA tertarik untuk menggunakan perkhidmatan domain dari syarikat ini.

- Email Pemberitahuan Renew Domain -
Sekarang banyak syarikat domain yang memberi perkhidmatan setanding syarikat ini. Apa yang penting bagaimana untuk kita memilih yang baik dan memberi perkhidmatan yang berkualiti. SA sudah mencuba pelbagai syarikat server selepas NetKL. Ada yang mengecewakan dan ada juga yang berkualiti seperti NetKL.

Pada anda yang belum ada domain boleh membeli di pelbagai syarikat server ataupun boleh beli di NetKL kerana tutorial pembelian domain mudah di dapati dari bro Google.


Entri berkaitan -

05 January 2013

Broadband Wifi Sudah Habis?

Broadband Wifi Sudah Habis? | Rasa rimas bila memakai topeng. Sudah seperti berkerja di Hospital. Tidur, Berjumpa kawan dan jiran, bershoping dan memandu pun kena pakai topeng. Apa boleh buat, yang penting SA tidak sebarkan pada orang lain virus TiBi ni...Ikuti cerita SA dengan tekan SINI..

SA berniat untuk menukar broadband cucuk dekat laptop ke Broadband Wifi. Broadband Wifi senang dibawa kemana-mana dan mudah digunakan untuk Smartphone. Tidak perlu langgan pakej yang merugikan yang di tawarkan pihak Telco.

SA pergi ke Maxis Center untuk mendapatkannya, tapi hampa rasanya. SA terlewat beberapa minit kerana Device Broadband Wifi baru sahaja habis. SA pergi ke maxis center lain, Nasib SA tetap sama di 3 lokasi Maxis center.

Nampaknya Device Broadband Wifi dari maxis laku seperti pisang Goreng. Mungkin kerana Pakej yang diberi sangat menguntungkan pengguna.(boleh Rujuk SINI).

Mungkin ini bukan rezeki SA untuk memiliki Device Broadband Wifi dari maxis. SA simpan dahulu duit untuk cuba nasib hujung bulan ini untuk mendapat Device Broadband Wifi dari maxis.

p/s : Dugaan Tahun 2013 sangat hebat SA terima. SA akan laluinya dengan penuh keazaman. Allah tidak suka orang yang merungut dengan dugaan yang diberi..

11 November 2012

Preview Broadband | Ciri Pemilihan Broadband

Mencari Broadband yang menepati kehendak bukannya mudah. Untuk memilih Broadband mesti mempunyai beberapa ciri yang dapat memenuhi kehendak yang di kehendaki.


JS pasti anda pasti agak pening untuk memilih Telco mana yang terbaik untuk langgan Broadband. JS sendiri  juga mempunyai masalah dari segi pemilihan broadband. Mana tidaknya, untuk memilih broadband perlu tahu beberapa ciri yang mesti di fikirkan.

Ini adalah antara ciri yang JS fikirkan sebelum membeli Postpaid Broadband :

1. Pakej Harga Broadband
Bab harga untuk Postpaid broadband perlu di ambil kira bagi mengelakkan bajet bulanan lari sehingga tidak mampu bayar. Jika anda pelajar sebaiknya memilih broadband harga kurang daripada RM50 sebulan.

2. Pemilihan Internet Quota Broadband.
Internet quota berdasarkan pakej Harga yang di ambil. Jika murah harga bulanan maka Internet quota pun semestinya rendah antara 3GB or 4GB. Jika anda memilih Internet quota tinggi maka harga pun tinggi. Ianya bergantung penggunaan anda terhadap internet. Jika untuk download dan tonton video sebaiknya Internet quota tinggi. Jika sekadar layari internet dan bersosial sekadar Internet quota rendah.

3. Broadband Coverage
Yang ini penting banyak. Hendak beli broadband kena tahu sama anda kawasan anda ada Coverage untuk Telco ini atau tidak. Jangan fikir untuk 1 kawasan tempat tinggal sahaja, fikirkan juga kawasan rumah parents dan tempat berkaitan. Jika tidak, rugi sahaja jika tidak dapat guna ditempat yang bakal dituju..

4. Pembayaran Bill
Tempat pembayaran bill semestinya mudah. Pembayaran mestilah boleh dibayar di Agen berdaftar, Pejabat Pos, Kedai Tenaga atau melalui Perbankan Internet. Jika kaedah pembayaran sukar, dinasihatkan supaya tidak mengambil Broadband dari Telco tersebut kerana kemungkinan berlaku permasalahan untuk bayaran berikut.

Sekarang ini banyak Telco telah muncul dan memberi perkhidmatan Broadband yang sangat terbaik. Apa yang perlu kita lakukan sebagai pengguna adalah bijak memilih bagi mengelakan ketidak puas hatian..

08 October 2012

Hosting Unlimited Murah

Memang murah harga untuk pakej unlimited yang diberi syarikat ini. Harganya RM50 setahun dan diberi domain percuma jika langgan untuk 1 tahun. Murahkan..


Syarikat webhosting.wanzul.net memberi perkhidmatan Hosting dan Domain kepada pengguna. Seperti biasa sebelum anda ingin membeli, JS nasihatkan anda siasat dahulu webhosting.wanzul.net. Buat masa ini JS tidak pernah dengar mengenai webhosting.wanzul.net.


JS tahu pun kerana webhosting.wanzul.net memberi komen pada artical 'Jiwahost Bankrup'. JS tidak dapat melanggan dekat webhosting.wanzul.net sebab dah beli Hosting dan Domain di DataKL. Bagi yang ingin mencuba membeli domain atau Hosting di webhosting.wanzul.net sila cuba selidik dahulu takut terjadi seperti kes Jiwahost.

10 August 2012

5 Laman Web Edit Gambar Secara Online

Bagi yang baru jinak dalam bidang edit gambar tetapi tidak berapa mahir dengan software seperti Photoshop, Anda boleh mencuba belajar edit gambar secara asas di online. Edit melalui Online sangat mudah difahami tetapi ingat ianya hanya menampil asas edit.

Disini JS kongsi dengan anda beberapa laman Web yang terdapat di online untuk anda mencuba. Mungkin ada lagi Laman Web Edit Gambar Secara Online yang mungkin anda tahu tapi JS tidak tahu boleh kongsikan bersama disini.

- Photovisi -

- Be Funky -

- Big Huge Labs -

- Mag My Pic -

- Picnik -

Gambar yang telah edit boleh anda kongsi dengan di laman sosial atau blog untuk tatapan umum. Jika anda Laman web edit online yang lain jangan lupa kongsi bersama dengan JS.. (^^)

29 July 2012

Laman Web Palsu e-Banking

Perbankan internet sungguh menyenangkan kita untuk membuat urusan seharian. Segala urusan pembayaran bil, pinjaman dan pemindahan wang dihujung jari sahaja.

Dahulunya terpaksa menunggu berminit hingga berjam lamanya hanya untuk membuat segala urusan di Bank. Dengan kemudahan perbankan internet segalanya menjadi mudah. Segala kemudahan ada risikonya, jika diambil ringan risiko ini wang didalam bank hilang atau dicuri dengan mudah oleh pihak yang tidak berhati mulia.

Jika anda mendapat email seperti dibawah, sila abaikan. Kerana inilah salah satu cara pihak tidak bertanggungjawab untuk mendapat maklumat untuk memasuki akaun e-banking anda.

Pihak bank tidak akan menghantar email kepada pelanggan mengenai security terhadap laman web mereka. Jika pihak bank hendak memperbaiki perkhidmatan, biasanya pihak bank akan memaklumkan di laman web mereka sendiri.

Nasib JS tidak tekan log in pada email dan log in e-banking, jika tidak habis duit dalam bank hilang. Berhati - hati dengan email berkaitan e-banking. Jangan mudah percaya pada email seperti di atas. Mencegah lebih baik daripada merawat.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter