Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

31 August 2015

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke

Bersih 4.0 Kuala Lumpur 2015 Bersih Ke | Berakhirnya perhimpunan Bersih 4.0 yang menjadi tumpuan bermula pada 29 Ogos 2015 sehingga malam Ahad 30 Ogos 2015. Perhimpunan yang dibuat di seluruh Malaysia termasuk juga beberapa Negara Luar. Perhimpunan yang di anjurkan adalah untuk menyatakan suara rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, agama dan budaya.

Perhimpunan lalu mendapat perhatian dunia mengenai masalah Rakyat Malaysia terhadap Pemimpin Negara. Walaupun perhimpunan ini memalukan Negara, tetapi ramai menganggap ianya adalah suara rakyat yang perlu di ambil tahu.









Dalam perhimpunan Bersih 4.0 adakah penganjur mengamalkan sikap BERSIH tanpa membuang sampah merata-rata. Bukan apa bila menganjurkan perhimpunan yang di namakan BERSIH mestilah bersih juga alam sekitar dengan tidak membuang sampah merata-rata. Adakah mereka mengamalkan sikap Bersih? Lihat gambar di bawah...



Nampaknya perhimpunan ini mengamalkan sikap bersih dengan menyediakan plastik sampah untuk membuang sampah yang telah digunakan. Perhimpunan BERSIH 4.0 berlangsung dengan aman tanpa sebarang masalah dengan pihak berkuasa berbanding perhimpunan sebelum ini.

Untuk pengetahuan laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang mengajak ke perhimpunan bersih 4.0 akan disekat oleh SKMM. Untuk berkongsi gambar rasanya tidak salah kerana banyak laman web atau yang berkait rapat dengan alam maya yang berkongsi gambar tidak disekat. Malah ianya tidak salah. Sekadar perkongsian gambaran suasana ketika BERSIH 4.0.

Sumber gambar: Dari pelbagai sumber online termasuk blog, facebook, twitter dan juga instagram.

16 September 2013

Nasib KL Gangster 2

Nasib KL Gangster 2 | Seperti yang kita sudah maklum mengenai Filem KL Gangster 2 yang telah di upload di laman web dan dicetak rompak. Tajuk mengenai Filem KL Gangster 2 di cetak rompak telah menjadi bahan popular pencarian selepas ianya di muat turun di internet.

KL Gangster 2
-CD/DVD Cetak Rompak-
Kebanyakan telah berjaya muat turun Filem KL Gangster 2 dan ada juga tidak kesampaian apabila link download telah di padam pihak berwajib. Bagi yang tidak ada internet boleh dapat CD/DVD cetak rompak semurah RM5. Barang FREE cepat sahaja di ambil tanpa fikir keburukan.

Bagi yang sudah tonton Filem KL Gangster 1 mungkin keliru sedikit mengenai watak yang telah mati ada dalam  KL Gangster 2. Mengikut kata yang telah menonton Filem KL Gangster 2, Filem ini adalah kisah sebelum Filem KL Gangster 1.

Apa yang dapat di katakan bahawa Filem KL Gangster 2 boleh masuk dalam "Malaysian Book Of Record's" sebagai filem pertama Malaysia yang harga pembikinan RM4.5 juta telah di cetak rompak sebelum di tayangkan pada pawagam. Hehehe...

Apa yang SA dapat simpulkan, Filem KL Gangster 2 di muat turun di internet dalam video dan audio belum sempurna Edit. Kenapa SA kata begitu kerana dari segi bunyi audio yang masih berdesing manakala video (paparan gambar) kekuningan serta malam. SA dapat tonton filem ini secara tidak sengaja dari kawan dan jiran.

Bagi yang telah menonton cetak rompak, pelbagai komen telah di beri. SA copy paste dari pelbagai sumber komen yang menarik perhatian sahaja dalam blog atau web. Komen yang terebut SA telah edit sedikit bagi memudahkan memahami ayat yang dinyatakan. Di sini SA balas balik setiap komen yang mereka berikan secara fikir logik.
" Elok lah Filem KL Gangster 2 di cetak rompak bahasa yang digunakan agak kasar dan tidak sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak"
Jawapan SA : Dah Nama pun filem Gangster takkan lah hendak gunakan bahasa romantik. Filem ini khas untuk golongan 18 tahu keatas bukan untuk budak sekolah rendah. Ianya hanya lakonan yang dilakon.
" Filem KL Gangster 2 mengajar budak2 & rakyat Malaysia buat jahat"
Jawapan SA : Sebelum KL Gangster 2 di buat filem, memang budak2 & rakyat Malaysia sudah pandai buat jahat. Semuanya disebabkan filem dari luar bukannya filem dalam negara. Lihat sendiri ops cantas yang sedang dilakukan polis betapa banyak kumpulan gengster yang wujud sebelum filem ini di hasilkan.
" Tak nampak real langsung. Macam hampeh!!"
Jawapan SA : Dah nama pun Filem jadi ianya hanya lakonan. Kalau betul memang dah mati semua pelakon tu.

Nasib KL Gangster 2 apabila ditayangkan mungkin sukar mendapat kutipan melebihi pembikinan atau sasaran. Segalanya bergantung kepada penonton sama ada mahu tonton lagi atau tidak. Apa boleh buat 'nasi sudah hangit'...

02 April 2013

Promosi Air Asia 2013


Promosi Air Asia 2013 | Malam ini AirAsia membuka tempahan untuk anda melancong didalam negara dan di luar negara. AirAsia Memberikan 2 Juta tempat duduk percuma manakala Airport Taxs dan Fees Apply serendah RM28.

Booking bermula pada 2 April - 7 April 2013 manakala waktu perjalanan pada 1 Jan - 30 April 2014. Bagi yang merancang untuk melancong pada tahun depan boleh dapatkan di Air Asia. Kalau lambat promosi akan habis dengan segera.

Untuk promosi dalam negara anda boleh lihat gambar dibawah. Manakala untuk ke luar negara anda kena lihat sendiri di laman sesawang Airasia.



SA cuba untuk booking bermula dari pukul 1200am hingga sekarang masih tidak dapat lagi masuk ke laman Booking. Laman web yang sentiasa masuk untuk Booking adalah " AirAsia Waiting Room". Rupanya ramai yang tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan promosi HEBAT dari AirAsia.

Tekaan SA, Seat percuma akan habis dalam masa 2 Jam dari masa promosi ini bermula. Maklumlah, promosi ini bukan dalam Malaysia sahaja tetapi di Negara lain juga. Bagi yang berjaya Booking SA ucapkan Tahniah dan Selamat Melancong...

27 March 2013

Bendera Politik Di Litar Sepang | Wordless Wednesday #20WW


On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on the On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the "wordless" title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.ir blog. Hence the "wordless" title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description.

01 March 2013

Tahniah!!! Anda Tidak Layak Terima BR1M 2.0

Tahniah!!! Anda Tidak Layak Terima BR1M 2.0 | Bank yang jarang dipenuhi manusia, Di kerumi manusia untuk tunaikan kupon BR1M. Apa yang SA hairankan perangai mereka seperti tidak pernah memiliki wang tunai RM250 atau RM500.

Kepada anda yang dapat BR1M 2.0 atau apa-apa sahaja jangan sampai berperangai baru pertama kali pegang duit. Tahulah ianya free, jangan risau bank banyak lagi tunai yang boleh diberi pada pemengang kupon BR1M.

SA pula terima Email daripada BR1M memberi tahu pemohonan sama ada dapat atau tidak. Keputusan seperti dalam gambar dibawah..


Nampaknya SA tiada rezeki untuk mendapat BR1M. Apa boleh buat. Sebab tidak layak " Tidak Melepasi semakan agensi Lain" apa maksudnya? kita lihat gambar dibawah pula..


Yang tandakan anak panah itu punca yang SA tidak layak. Kenderaan yang dimiliki mungkin tidak melayakkan SA mendapat BR1M. Kenderaan SA hanya bernilai kurang RM85K sahaja. Rata-rata yang SA lihat ambil BR1M dekat kawasan perumahan SA memiliki kenderaan bernilai lebih RM100K.

Erm...Mungkin ini bukan Rezeki SA..Redha..

14 December 2012

Bila Harimau Malaya Kalah | AFF Suzuki Cup 2012


Malayan Tiger vs White Elephant

Bila Harimau Malaya Kalah | Kecewa rasanya bila Malaysia kecundang 0 -2 dengan Thailand dalam perlawanan Separuh Akhir kedua AFF Suzuki Cup 2012. Kekalahan malam semalam menjadi topic perbualan kaki bola dan peminat bola.

Pelbagai alasan di nyatakan oleh Peminat bola, Kaki bola dan surat khabar tempatan. Kebanyakan alasan berkisarkan pengadil dari Korea tidak adil, perlawanan berat sebelah dan padang bola teruk. Alasan yang diberikan ada asanya tetapi kita jangan pandang kesalahan itu sahaja.

Jika anda peminat bola, anda pasti sedar akan rentak permainan Malaysia yang agak kurang bagus berbanding di Separuh Akhir pertama di Bukit Jalil. Berbanding Permainan Thailand, mereka mengekalkan rentak seperti Separuh Akhir pertama di Bukit Jalil.

Permain Malaysia gugup dengan sorakan penyokong Thailand dan kurang menunjukan permainan terbaik semasa di Bukit Jalil. Inilah Adat permainan bola sepak, kalah tahun ini, tahun akan datang cuba buat yang terbaik. Malaysia Pasti Boleh!!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter