Showing posts with label Broadband. Show all posts
Showing posts with label Broadband. Show all posts

02 June 2013

Cara Membuat Pembayaran Broadband Yes 4G

Pembayaran Broadband Yes 4G

Cara Membuat Pembayaran Broadband Yes 4G | Artical sebelum ini SA ada kongsi sedikit mengenai Broadband YES 4G dan Perbandingan YES 4G dengan Telco lain. Dalam entri tersebut terdapat pertanyaan bagaimana cara membuat pembayaran untuk Broadband Yes 4G.

Jadi SA kongsikan sedikit caranya untuk membuat pembayaran bill. Untuk membuat pembayaran terdapat 3 cara iaitu :

  • Bayar melalui maybank2u melalui akaun ahli di laman Web YES 4G.
  • Bayar melalui kad kreadit melalui akaun Ahli di Laman Web YES 4G.
  • Bayar diwakil penjual sah yang memberi perkhidmatan pembayaran Bill Yes 4G.
Tutorial SA buat ini cara pembayaran melalui Akaun ahli bagi yang mahu membayar menggunakan eBanking dan Kad Kreadit.

1. Layari Laman Web Yes 4G > My Account > Login ( Yes ID : IDanda@yes.my & Password : dapat masa daftar )


Login Member Yes 4G

2. Selesai Login, lihat sebelah kanan terdapat list My Account. Cari bahagian Payment dan tekan Bill Payment.


3. Paparan akan keluar seperti gambar dibawah. Anda akan dapat lihat jumlah bayaran yang perlu dibayar. Bahagian Payment Type anda boleh pilih sama ada menggunakan Creadit Card atau Maybank2u. Bank lain tidak boleh...


4. SA pilih untuk guna Maybank2u. Selesai membuat pemilihan Payment Type, pastikan anda disable pop-up blocker. Jangan lupa juga tanda pada kotak Term & conditions kemudian tekan comferm payment.


5. Akan keluar seperti dibawah ini.

Dan keluar seperti dibawah ini juga. Login seperti biasa akaun E-banking anda.


6. Setelah selesai anda akan dapat maklumat pembayaran seperti dibawah. Sila simpan Maklumat ini untuk rujukan akan datang. Pastikan Anda juga akan terima msg dan Email dari pihak YES 4G. Selesai.



Untuk creadit card, cara adalah sama yang bezanya perlu isi maklumat creadit card. Pastikan anda terima Msg dan Email dari pihak YES 4G setelah membuat pembayaran melalui E-Banking atau Creadit Card atau bayar pada wakil.

Jika tidak terima dalam masa 4 jam bermakna pembayaran tidak dibuat atau gagal. Hubungi perkhidmatan pelanggan untuk mendapat status pembayaran. Sepanjang menggunakan YES 4G, SA tiada masalah mengenai coverage dan pembayaran.

Panjang pula entri kali ini.. Harap tutorial ini dapat membantu anda. Jika tidak faham boleh tanya pada ruang komen.

26 January 2013

YES 4G Wifi Terbaik

YES 4G Wifi Terbaik | Akhirnya dapat juga ber Wifi dengan begitu senang. Boleh Wifi guna smartphone tanpa guna pakej Pascabayar line yang rendah quota yg diberi.

Sebelum ini SA ada kongsi mengenai Device Maxis yang telah habis SINI. Jadi malas hendak tunggu, SA ambil keputusan menggunakan YES 4G.



Semasa penggunaan Broadband wifi YES 4G tiada masalah dihadapi. Dimana-mana ada sahaja liputan 4G dan kelajuan amat baik kerana tiada sekat2 bila menonton video.

Walaupun Quota diberi melebihi limit, penggunaan masih boleh lagi. Tiada masalah untuk update Blog, Facebook, Twiter atau sebagainya.


Saiz Huddle XS Wifi sangat kecil dan mudah dibawa kemana-mana. Bateri boleh tahan sehingga 6 jam penggunaan. Ianya boleh di cas pelbagai cara dengan power supply atau usb cable. Port cas sama dengan port cas samsung. Jadi sesiapa yang menggunakan smartphone samsung tidak perlu risau mengenai power supply untuk cas.

SA masih tertanya, adakah YES 4G menggunakan liputan 4G atau liputan 3G. Ini kerana dimana ada liputan 3G disitu juga ada liputan 4G. Bila di cari bagaimana liputan 4G dipancarkan, SA hanya jumpa maklumat ianya dipancar menggunakan MEASAT (satelit). Betul atau tidak SA tidak dapat pastikan. Kena tanya sendiri pada Syarikat YES 4G..

05 January 2013

Broadband Wifi Sudah Habis?

Broadband Wifi Sudah Habis? | Rasa rimas bila memakai topeng. Sudah seperti berkerja di Hospital. Tidur, Berjumpa kawan dan jiran, bershoping dan memandu pun kena pakai topeng. Apa boleh buat, yang penting SA tidak sebarkan pada orang lain virus TiBi ni...Ikuti cerita SA dengan tekan SINI..

SA berniat untuk menukar broadband cucuk dekat laptop ke Broadband Wifi. Broadband Wifi senang dibawa kemana-mana dan mudah digunakan untuk Smartphone. Tidak perlu langgan pakej yang merugikan yang di tawarkan pihak Telco.

SA pergi ke Maxis Center untuk mendapatkannya, tapi hampa rasanya. SA terlewat beberapa minit kerana Device Broadband Wifi baru sahaja habis. SA pergi ke maxis center lain, Nasib SA tetap sama di 3 lokasi Maxis center.

Nampaknya Device Broadband Wifi dari maxis laku seperti pisang Goreng. Mungkin kerana Pakej yang diberi sangat menguntungkan pengguna.(boleh Rujuk SINI).

Mungkin ini bukan rezeki SA untuk memiliki Device Broadband Wifi dari maxis. SA simpan dahulu duit untuk cuba nasib hujung bulan ini untuk mendapat Device Broadband Wifi dari maxis.

p/s : Dugaan Tahun 2013 sangat hebat SA terima. SA akan laluinya dengan penuh keazaman. Allah tidak suka orang yang merungut dengan dugaan yang diberi..

26 December 2012

Wireless Broadband

Wireless Broadband | Kerap juga SA cerita mengenai Broadband yang ada di negara ini. Tapi kali ini SA nak cerita mengenai Wireless Broadband yang makin mendapat tempat dikalangan masyarakat.

SA tidak bercerita mengenai UNIFI dan P1 Wimax tetapi Wireless Broadband Maxis dan YES 4G. Dua syarikat komunikasi ini mempunyai coverage yang bagus dan harga pakej yang menarik.

Wireless Broadband memudahkan anda menggunakan wifi smartphone dan wifi laptop dimana sahaja tanpa perlu bersusah payah mencari kawasan Wifi.


Mari lihat Wireless Broadband Maxis Plan yang diberi. Quota paling banyak diberi pada waktu tengah malam. Bila kita fikirkan waktu malam agak jarang juga kita akan pakai, tetapi plan ini memberi lebih Quota berbanding Plan maxis Broadband yang lama.

Bagi YES 4G Plan yang diberi mahal sedikit berbanding Maxis Plan. Ianya menjadi pilihan SA untuk berkongsi pendapat kerana line yang digunakan ialah 4G. 4G masih baru dan mahal tetapi jika anda menggunakan 4G memang sangat puas hati.

Persamaan ke Dua-dua Wireless Broadband, Device diberi percuma. Jika SA diberi pilihan yang mana hendak melanggan, SA pilih Wireless Broadband Maxis. SA pilih Wireless Broadband Maxis kerana coverage tiada masalah walaupun 3G dan Quota yang tinggi dengan harga murah..

22 December 2012

Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Maxis

Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Maxis | Atas permintaan, SA akan preview lebih lanjut mengenai Broadband Prepaid dan Internet Mobile. Ini sebagai rujukan bagi yang baru mencari broadband Prepaid dan Internet Mobile.

SA memilih Maxis sebagai Preview pertama Broadband Prepaid dan Mobile Internet. Bagi yang kurang penggunaan dalam melayari Internet sesuai memilih Pakej Prepaid. Maxis telah memperkenalkan starter pack & kit untuk Broadband Prepaid.


Hanya dengan harga RM88 anda mampu memiliki Hotlink Broadband Starter Kit. Dalam Hotlink Broadband Starter Kit anda akan mendapat :
  • 1 HSPA Modem USB drive berkelajuan  7.5mbps.
  • Free 500MB data pass
  • 1 Hotlink Broadband Simcard,
Jadual hari, harga dan Quota yang di tawarkan.


Bagi pengguna smartphone, Hotlink menawarkan pakej Internet Broadband. Harga penggunaan bergantung kepada pilihan anda. Apa yang anda perlu adalah membeli simcard yang hanya berharga RM8 sahaja. Lihat jadual dibawah..

Pandangan SA :
  1. Harga adalah berpatutan dan sesuai untuk student yang mahu berjimat dalam perbelanjaan.
  2. Quota yang diberikan tidak sesuai untuk yang kerap membuka laman web, download dan bermain game di laman sosial. Hanya sesuai untuk mencari bahan kajian dan ber chatting.
  3. Caj akan dikenakan jika melebihi quota yang di tetapkan. Caj RM0.05/10kB apabila melebihi had kuota.
  4. Coverage tiada masalah, Sentiasa mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan masalah.
SA memberi 4 bintang dari 5 bintang untuk Plan Maxis Broadband Prepaid dan Mobile Internet.

p/s : preview ini tidak dibayar oleh pihak maxis. Ini hanyalah perkongsian yang di buat SA untuk panduan sahaja...

  • Preview 3 Telco Broadband Prepaid
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet Celcom. (Akan Datang)
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet DiGi. (Akan Datang)
  • Preview Broadband Prepaid Dan Mobile Internet UMobile (Akan Datang)

03 December 2012

Preview 3 Telco Broadband Prepaid


Jika anda perhatikan Pakej Broadband Daily mula di beri oleh syarikat telekomunikasi di Malaysia. Sebelum anda menggunakan Broadband Prepaid, anda perlu memilih Telco mana yang tidak manipulasi pengguna.

Pakej Broadband Daily yang telah JS cuba guna antara Celcom, Maxis dan DiGi. Lihat Preview untuk panduan anda..

Maxis
Harga : RM 2.00
Limit : 100MB Sehari
Kelajuan : Sederhana
Catatan : Jika anda mengguna lebih dari 100MB, anda akan di cas mengikut jumlah harga setiap 1kb.

Maxis Broadband Prepaid sesuai untuk dimiliki. Dari segi harga untuk limit sehari kurang sesuai. Maxis agak kedekut untuk memberi limit penggunaan. Liputan sesuai untuk seluruh Malaysia termasuk sabah dan Sarawak.

Celcom
Harga : RM 5.00
Limit : 1GB Sehari
Kelajuan : Perlahan
Catatan : Jika menggunakan lebih dari limit 1GB, Internet menjadi perlahan. Tiada cas dikenakan jika melebihi limit dalam sehari.

Celcom Broadband Prepaid juga sesuai dimiliki. Dari segi harga sesuai dengan limit yang diberi sehari. Liputan Celcom sangat mengecewakan kerana Pihak Celcom tidak pernah menitik berat liputan dan memberi perkhidmatan terbaik untuk pengguna. (Banyak alasan di beri kepada pengguna)

DiGi
Harga : RM 2.00
Limit : 3GB Sebulan
Kelajuan : Sederhana
Catatan : Jika menggunakan lebih dari limit 3GB sebulan, Internet menjadi perlahan. Tiada cas tambahan yang dikenakan.

DiGi Broadband Prepaid sangat murah untuk di langgan tetapi hanya sesuai untuk pengguna bandar sahaja. Liputan terbaik DiGi hanya tertumpu pada kawasan populasi penduduk yang tinggi.

Untuk Telco lain JS belum lagi mencuba kerana kebanyakan Telco terbaru masih dalam Postpaid. Liputan pula hanya dibandar besar dan kawasan pekan pilihan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter