15 April 2010

Tanda Lelaki Benar2 Jatuh Cinta

Posted by   on

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejutkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya. Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah. Bagi perempuan baca dan paham sifat hati lelaki bila jatuh cinta... (^-^)

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA sebagai mana mereka menghargai perempuan......

  1. hmmm..mcm mne ni..?? ade slah stu ciri xde kat die ni..hahhhah..:D
    btw, nice entry..interestg info..! hahak

    ReplyDelete
  2. biasa le.. cite lawak x blh bg ari2..huhuhu (joegrimjow)
    kalau x de tu cz awk x nmpk...hehehe..thx kwn2(Nuraisyyah)

    ReplyDelete
  3. aku sokong pndpt ko bro! klu aku ske sorg pmpuan pun akan buat mcm ko tulis ni.

    ReplyDelete
  4. susah nak dapat laki yang macm tu sekarang ni...ermmm

    ReplyDelete
  5. setuju sgt kalu dia dah suka sanggup buat apa saja hehehe

    ReplyDelete
  6. x suaah nk dpt lelaki mcm ni...cume perempuan x perasan tingkah laku lelaki....

    ReplyDelete
  7. ouhhh..
    dah jumpa lelaki macam ni.. :)

    ReplyDelete
  8. dh jmpa...bgs lah..jage elok2...
    bkn senang nk cari....

    ReplyDelete
  9. hmmm..
    ada..dan takde..
    ada ada ada :p

    ReplyDelete
  10. wow...
    kejep ade n kejap x de...
    hebatnya...bahaya ni... (^^,)

    ReplyDelete
  11. hehehe...bf aku bukan la mat jiwang...

    tp dyer ni jenis y no 3,11,13,18 n 23...

    y plg aku trharu skali bile part 23 la...
    xsangka tol aku...

    ReplyDelete
  12. dh de ciri gtu pun dh kira bgs...x pelu nk jiwang2 sngt,,,,

    ReplyDelete
  13. lagi satu dia akn gelabah sotong bila awek dia tu kuar jalan2..dgn kawan2

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter