01 September 2012

Samsung Permainkan Apple

Posted by   on


Kisah saman menyaman antara 2 syarikat gadget gergasi Samsung & Apple yang kita tahu sudah sampai penghujungnya. Kemenangan berpihak kepada apple. US mana boleh kalah dekat negara lain lebih lagi korea selatan.

Apple menang kes saman dan Samsung diminta membayar USD $ 1Billion. Tapi yang menariknya adalah cara Samsung bayar kepada Apple.. Hendak tahu bace artical dibawah ini..



CALIFORNIA - Ibu pejabat Apple pagi tadi telah menerima lebih 30 trak syiling 5 sen. Pada mulanya, syarikat keselamatan yang menjaga fasiliti itu berkata ia telah dihantarkan ke tempat yang salah, namun Tim Cook yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Apple menerima panggilan dari Ketua Pegawai Eksekutif Samsung menjelaskan bahawa mereka akan membayar USD $1 billion sebagai denda yang diperintahkan mahkamah baru-baru ini dengan cara ini.
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata "dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah atau cara pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk membayar USD $1 billion kepada pencipta iPhone itu dengan cara yang kami fikirkan terbaik."
Tindakan yang kotor tetapi genius dari Samsung itu telah membuatkan eksekutif Apple dalam keadaan runsing apabila mereka terpaksa memohon untuk mengira semua wang itu bagi memastikan duit itu cukup. Kemudian pihak Apple terpaksa mendepositkan jumlah syiling 5 sen itu kepada pihak bank dengan harapan pihak bank akan menerima permohonannya.
Pengerusi Samsung Electronics, Lee Kun-hee berkata lagi, syarikat itu tidak akan takut dengan mereka yang mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
"Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin minuman untuk seumur hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan mematuhi undang-undang," tambahnya lagi.
Pihak Apple belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai 20 billion syiling 5 sen tersebut.



Saman menyaman sudah menjadi budaya US.. Mereka akan sentiasa hendak menang walaupun tahu mereka bersalah..

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter