Tahukah Korang bahawa langit dan laut saling cinta-mencintai.
Langit amat sangat sayangkan laut, sehingga warnanya pun seakan laut.
Begitu juga laut, terlalu sukakan langit sampai warna pun seakan sama (^_^)
Ceritanya bermula Di suatu Tempat Yang tidak di ketahui,
Pada suatu hari datanglah si awan Pada Langit.
Awan melihat kecantikan langit dan terus terpikat padanya.
Tapi langit tidak menghiraukan awan kerana langit begitu setia kepada laut.
Langit mahu sentiasa melihat laut sahaja.
Awan tidak berputus asa.
Maka, awan terus pun berusaha untuk memikat langit.
Awan cuba luaskan dirinya pada Langit.
Supaya langit dan laut terpisah dari pandangan.Laut menjadi begitu geram.
Laut mengeluarkan ombaknya yang kuat.
Tetapi malangnya, ombak laut tak dapat mengusir awan dari menghalang pandangan. (-_-)"Tiba-tiba, datang lah angin.
Angin melihat kesedihan langit dan laut.
Maka, angin rasa perlu mengusir awan supaya langit dan laut dapat bersama.
Dengan kuasa yang ada, angin pun meniup awan.
Awan pun berpecah dan berlalu pergi.
Awan menjadi sedih.
Lalu menangis mengeluarkan hujan.
Hingga sekarang,
kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan.
Cuba kita pandang ke hujung laut...
Pasti kelihatan seakan-akan langit dan laut,
sedang berpasangan (n_n)
29 September 2010
Langit & Laut
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
nice story..:)
ReplyDeletemcm bermakna jer citer ni..
Cite ni penuh ngan makna yg tersirat..
ReplyDeletejika dhayati dngn btl2..