Setiap kali ada kemalangan Maut mesti dikaitkan dengan hantu. layan dulu keratan akbar yang aku ambil dari suratkhabar..
Ada Kelibat Wanita Kendong Anak
KUALA LUMPUR - Kelibat wanita berpakaian putih sambil mengendong anak melintas secara tiba-tiba di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Tol Simpang Ampat, Alor Gajah di Melaka kini dikaitkan dengan kemalangan maut yang berlaku Ahad lalu.
Tinjauan Kosmo! mendapati ada antara pemandu bas ekspres dan pengguna jalan raya yang selalu menggunakan laluan itu mendakwa kawasan berkenaan 'keras' dan kerap dikaitkan dengan elemen-elemen mistik.
Ada yang mendakwa melihat kelibat wanita itu melintas jalan dan ada yang melihatnya duduk di tepi jalan terutama pada waktu malam.
Ia menyebabkan ramai pengguna jalan raya terpaksa membrek mengejut sehingga ada yang gagal mengawal kenderaan yang dipandu.
Pemandu bas Konsortium Bas Ekspres Semenanjung, Rafi Bahari, 38, mendakwa, dia pernah ternampak kelibat wanita tersebut beberapa tahun lalu ketika dalam perjalanan dari Taiping ke Singapura.
"Ketika melalui kawasan itu pada pukul 4 pagi, saya ternampak kelibat wanita baju putih melintas.
"Saya sempat brek secara mengejut tetapi tidak berlaku kemalangan," ujarnya kepada Kosmo! di sini semalam.
Sumber Kosmo OnlineSukar hendak di kaitkan dengan hantu, Jika tidak mesti banyak kemalangan yang sudah berlaku dan mengenai cite hantu sudah tersebar. Ini Baru sekarang kuarkan cite ada hantu lah dan macam2 lagi. Senang sahaja bagi tahu kemalangan disebabkan kecuaian memandu, Dah selesai. x payah nak tokok tambah ada hantu dan sebagainya.
Bagi aku, Hantu akan mengangu bila kacau atau memujanya. Bagi sesiapa yang pernah jumpa hantu mungkin tempat yang anda jumpa adalah tempat tingalnya. Jadi jangan gangu dan tegur. kalau x ia akan mengikut anda sampai kerumah. Aku kata begitu cz kawan aku tegur hantu kat umah sewa sampai hantu tu ikut dia kat tempat keje. mungkin hantu tu suka orang yang tegur dan berani cakap denganya..hahaha.. n_n
ha? ye ke? laaa. sy salu kot ikut jln tu blk kampung. mcm merepek plak nk kaitkan dgn hantu. dah ajal kn, nk wt cmne.. huhu
ReplyDelete