09 October 2010

Pengertian Sex

Posted by   on

Pernahkah korang ditanya oleh anak mengenai sex??? Jika penah ape yang korang akan ceritakan pada anak-anak. Atau pun Korang tidak tahu macamana hendak cerita. Mari aku Kongsi pada korang melalui cerita dibawah. ^_^ Korang Mesti Boleh cerita pada anak korang or sapa2 nanti.. n_n

Suatu pagi seorang anak yang baru masuk sekolah primary bertanya kepada daddynya,

'Daddy.daddy....sex tu apa, daddy..?'

Terkulat-kulat si ayah. Terfikir dia tentang arus kemodenan zaman

sekarang yang membuatkan manusia berfikiran terbuka, termasuklah anak-anak yang masih kecil. Sesuai dengan konsep pendidikan seks yang sedang hangat dibincangkan, mulalah si ayah mencari-cari jawapan yang sesuai dengan harapan anaknya takkan tertinggal dalam arus pendidikan moden.


Maka si ayah pun memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan pembentukan bayi dalam kandungan.


Sebelum mengakhiri jawapannya itu, si ayah menyelitkan pula kisah percintaan antara dia dan mamanya sejak dari zaman sekolah menengah lagi hinggalah kepada kelahiran seorang bayi comel iaitu si anak yang bertanya itu. Tiba-tiba si anak menangis teresak-esak. Si ayah kehairanan.

'Eh kenapa ni?' Si ayah bertanya kehairanan. Si anak masih juga menangis.

'Jawapan daddy tu panjang sangat, tapi tempat nak tulis jawapan ni pendek. Daddy ajalah yang tulis, waaaaa!!!!' Kata si anak lantas menyerahkan buku latihan Bahasa Inggerisnya yang pada muka depan tertulis.....








NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....



P/S: Hehehe.. n_n

  1. hye. drop by here.

    hahahahaha. smart one!

    ReplyDelete
  2. haha..lawak2..
    daddy die pk kompleks sgt la tuh..
    anak tnye lain,die gi jwb lain

    ReplyDelete
  3. haha. tak pasal-pasal menggelabah daddynya.

    =p

    ReplyDelete
  4. tahu x pe... jngn jd cmtu.. n_n

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter