25 November 2010

Petua Pe-Auta

Posted by   on

:hi:Once upon a time-dengan izin-Ali was walking round the city.jalan Di sana dia jumpa seorang yang mengaku dirinya doktor. Dia telah memberikan banyak petua seperti kepada Ali. Adapun petua-petua itu seperti berikut:


Cucian baju lebih bersih
-Hantarlah baju kotor anda ke dobi dan suruh orang lain bayarkan. kemudian cuci sekali lagi setibanya di rumah.

Agar kasut tidak berbau busuk
-Pakai lah selipar setiap kali ingin memakai kasut

Lauk tanpa garam
-Beli beberapa ekor ikan masin. Goreng secukup rasa atau buat gulai tanpa letak garam.

Agar nyamuk tiada dalam rumah
-suruhlah semua orang dalam rumah keluar rumah

Petua merawat stress dan tension
-Ketawalah terkekeh kekeh dihadapan seekor pontianak a.k.a kuntilanak a.k.a langsuir

Badan menjadi langsing
-Ambil gambar menggunakan kamera digital. Download ke PC. Minta budak celik IT editkan foto anda jadi langsing. Jangan lupa buat sendiri jika pandai. Guna photoshop ke workshop ke

Menambah keyakinan diri
-register untuk masuk tanjung rambutan atau yg sewaktu dengannya. Sampai di dalam silalah berceramah ikut suka anda kepada para pesakit di dalamnya.

Berlari dengan laju
-Berlumbalah selalu dengan kura kura. Kalau masih terasa diri anda lambat gantikan kura kura dengan siput

Agar suara menjadi merdu
-Telanlah beberapa ekor cengkerik. AWAS elakan tercekik.

Hasil pancing lumayan
-Sebelum memancing taburkanlah segala umpan disekitar anda. Kemudian memancinglah selepas 10minit atau lebih. Pantangnya cuma jangan memancing di kolam renang.

Agar gigi tidak pandai rosak.
-Cabutlah gigi anda dan gantikan dengan gigi palsu.

Sakit gigi
-Cabut gigi tersebut dan pecahkan menggunakan tukul

Make up yang kreatif dan Unik
-Untuk mendapatkan make up yang unik lagi kreatif. Mintalah kanak kanak baru tadika jadi mak andam anda

Makanan jadi lebih sedap
-Upah chef terkemuka masak di rumah

Petua Melembutkan daging
-Bila pilih lembu, jangan pilih lembu jantan dagingnya keras. Lembu betina sederhana lembut. Untuk daging yang lebih lembut pilihlah lembu yang mak nyah ter over.

Petua gantung diri tapi tak mau mati
-Siapkan set gantung diri seperti yang anda pernah lihat. Meja dan tempat. Gunakanlah benang halus. (Ingat benang halus ya, jangan guna tali). Ikatlah benang tersebut di pergelangan tangan anda. Jangan ikat di leher anda! AWAS petua ini mesti di awasi oleh orang dewasa. Kalau takut jangan tiru aksi ini di rumah.

Petua supaya ikan dalam akuarium anda pandai bercerita.
-Buat buatlah anda faham apa yang dikatakan oleh ikan anda. Ikan anda rajin bercakap. Buktinya mulutnya sentiasa buka katup. Terutamanya ikan emas dan kalui. Ikan kelisa, puyuh ikan besar mulut biasanya pendiam.

Mengelak disengat lipan
-Tangkap lah lipan yang anda nampak. Bawa ke doktor gigi. Cabut gigi lipan semua dan lepaskan semula dihalaman rumah anda.

Elak terkena sengatan tebuan
-Belajar teknik klon dari naruto. Kacaulah sarang tebuan guna klon. Klon tersebut akan jadi asap. Sementara semua tebuan itu akan pening dan mabuk kena asap. Ambilah madu sesuka hati.

Agar mudah cabut bulu ketiak
-Biarkan bulu ketiak agak panjang dahulu kira kira 5cm kemudian. Cabutlah dengan khusuk satu persatu.

Agar muka selalu berseri
-Senyumlah selalu. Kalu tak boleh senyum lukis bentuk melengkung ke atas macam joker tu kat bibir sehingga anda sentiasa nampak tersenyum.

Menambahkan I.Q
-Bukalah buku panduan telefon di rumah. Cari no telefon Mr. Bean. Kalau tak dapat juga. Silalah semak satu persatu page dari start A - Z

Agar mudah bangun awal pagi
-Pelihara lah ayam kampung jantan tepi jendela bilik anda. Mengadap matahari terbit. Kalau mengadap matahari tenggelam. Anda mungkin lewat beberapa minit.

Demikianlah petua petua tersebut. Ali berkata doktor itu adalah bekas doktor yang diberhentikan dari tanjung rambutan.

:scream: kah2

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter