30 November 2010

Pisang Golek

Posted by   on

Kadang kala aku terpikir, buah pisang dgn org melayu memang tak boleh lari. Macam adik beradik plak!

mana tak nye, teringat zaman kanak2ku yg menggamit memori.

sewaktu aku kecil dahulu, aku pernah bertanya sesuatu pada ibuku "Ibu.. kenapa orang melayu asyik aje.. makan pisang?" ibuku hanya senyum..

mana tak nye..! lulus SPM.. makan pisang, lepas berkhatan.. makan pisang. kalau kita pergi mana2 kenduri kesyukuran.. mesti ada pisang.

Yang peliknya, bila kenduri kahwin orang melayu,aku belum pernah nampak pisang dihidangkan.
Yang bestnya plak. waktu aku kecik dulu.Hari Jumaat dapat makan pisang free kat masjid.


Aku teringat sketsa seorang pemuda dgn pisang. akanku coretkan kisah itu di sini .
Ada seorang hamba ALLAH. Setiap hari jumaatsuka datang masjid awal-awal. Rupa2nye dtg awal sebab nak makan pisang...

Takut nanti pisang habis dimakan.. al maklumlah"siapa cepat dia dapat, siapa lambat.. kempunan dia sepanjang hayat"

Daripada jauh aku dan kawanku perhatikan orang tua itu. makan banyak pisang plak tu.., siap simpan dua biji pisang dalam poket dia.

bila time aku nak simpan sebiji pisang dimarahinya pula..:sweaty: tak pe lah.. aku budak lagi.

aku pendekkan cerita, waktu nak mula solat jumaat, kebetulan pula orang tua ni berdiri 1 saf dgn ku. Dia berdiri tengah2 antara aku dgn kawanku.

Bila waktu Rukuk' je..

bergolek-golek pisang tu jatuh.sebiji pisang landing betul2 kat center sujud aku.
sebiji pisang lagi landing kat center kawan aku.
aku kira boleh tahan, gelak aku.:devilishgrin:
TAPI.. yang aku tak tahan tu...

waktu nak iktidal (berdiri)
Allah..huakbar (mulut dgn tangan serentak)

orang tua ni boleh kaut semula kedua-dua buah pisang tu masuk balik dalam poket baju melayu dia... (teknik mengembangkan kedua2 belah tangan)
mcm nak terbang plak!

apa lagi.. aku dgn member aku terus keluar baris.
pergi belakang tandas masjid... dan gelak.:scream:

itulah kali pertama aku dan kawanku melihat pisang golek.
bila dah besar ni.. baru aku tahu,

buah pisang banyak kelebihannya.Anda semua boleh mencari sendiri maklumat mengenai khasiat buah pisang di net...

sekian, harap maaf... diri ini kurang beradat..:sorry:

  1. seriusly, satu name pisang pon aku xxtau
    tau pisang tandung jer, kot.ade kan pisang tu??

    ReplyDelete
  2. ku tahu name pisang tp x tahu beza pisang.. )p

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter