Kisah ini terjadi di suatu kampung yang tidak bernama. Disebuah rumah dikampung tersebut terdapat seorang Ayah yang memberi nasihat pada anaknya yang bernama Lan. Ayah Lan suka memberi amaran Lan dengan menjeling garang jika Lan membuat sesuatu yang tidak
disukainya. Contohnya, jika ke kedai, kalau Lan mengambil gula-gula, Ayah akan menjeling pada Lan bermakna Lan disuruh letakkan semula gula-gula itu ke tempatnya semula.
Suatu hari, Lan mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib. Ketika sedang rukuk, Lan melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya. Lan yang 'konon'nya ingin membantu, terus menarik kain yang tersepit itu. Ayah Lan yang sedang solat terus memberi
jelingannya padanya. Lan pun faham maksudnya itu, lalu terus memasukkan semula kain
pelikat tok imam itu semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi, melatah lah tok imam tadi. Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan tok imam tadi. Ayah yang bermuka merah padam menahan malu dan marah mengheret Lan balik ke rumah.
Malam tu, berbirat punggung Lan dirotannya.
Moral : Jangan memandai tari kain yang tersepit nak masukkan kain ke celah punggung tok imam. Nanti dilatahnya habis batal sembahyang...he he he...
16 February 2011
Akibat Jelingan
About Usy@M^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...