19 July 2011

Keistimewaan Rumah Yang Dijual

Posted by   on

Hye2, Ada di antara kita sedang sibuk mencari rumah yang sesuai, di idamkan dan mempunyai keistimewaan tersendiri. Kalau yang duduk bandar, mesti tak de pilihan melainkan rumah Pangsapuri. Mungkin yang inginkan keluasan membeli rumah Teres/banglo/dll. Terdapat sebuah sepasang suami isteri yang ingin menjual rumah mereka yang mempunyai ciri istimewa. Korang mesti minat dengan rumah tersebut.
Sepasang suami isteri telah mendapat peluang untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Oleh kerana tempoh pembelajaran mengambil masa yang agak lama, maka Suami isteri bersepakat untuk menjual harta yang ada termasuk sebuah rumah.

Lalu, datang seorang lelaki yang agak berumur untuk melihat keadaan rumah yang hendak di jual tersebut. Setelah puas meninjau pelbagai sudut dalam dan luar rumah, lelaki itu bersetuju untuk membelinya.

Si suami tadi dengan jujurnya menjelaskan tentang keistimewaan kedudukan rumah tersebut pada pembeli.

Tuan Rumah : Di sebelah barat terdapat sebuah kilang getah, Manakala bahagian selatan ada kilang belacan dan utara adalah tempat pembuangan sampah.

Pembeli : Kalau begitu apa keistimewaannya jika saya membeli rumah ini?

Tuan Rumah : Salah satu keistimewaanya ialah anda boleh mengetahui dari mana arah angin yang bertiup.

Apa macam, Mau beli ke..???

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter