Hye2, Mari layan story biasa2 untuk menghiburkan diri di kala boring ni..
Alkisah, sepasang suami isteri orang asli yang tinggal di atas pokok ( dua tingkat dan mewah lagi) dalam hutan. Kerja suaminya mencari makanan seperti memburu atau memetik buah - buahan hutan. Manakala isteri pule hanya duduk mengemas di rumah sahaja (suri rumah kiranya ni).
Suatu hari sedang suami mencari makanan di hutan, Tiba - tiba beliau terjumpa cermin. Si suami membawa balik cermin itu dan menyimpan cermin tersebut di tingkat atas tanpa pengetahuan isterinya.
Setiap hari, sebelum beliau keluar mencari makanan, beliau akan masuk ke dalam bilik dan melihat cerminya. Sehinggalah suatu ketika isterinya merasa pelik melihat telatah suaminya itu. Maka, disiasatlah bilik atas yang selalu dimasuki suaminya. Bimbang jika suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya.
Sebaik sahaja masuk ke dalam bilik itu, isterinya ternampak cermin suaminya. Oleh kerana, beliau tidak tahu fungsi cermin itu, Jadi beliau ingat orang di dalam cermin adalah perempuan simpanan suaminya. Apa lagi, beliau berlari sambil menangis dan meraung mencari emaknya.
Maka emak beliau sendiri ingin melihat perempuan yang kononnya disembunyikan oleh menantunya itu. Lalu emaknya masuk ke dalam bilik tersebut. Kemudian keluar dari bilik sambil ketawa terbahak - bahak.
Isteri : Apasal mak ketawa..???
Mak : Apa teruk benar suami kau tu. Kalau ye pun nak kawin lain, carilah perempuan yang elok sedikit. Ini tidak.... Aku nengok perempuan kat dalam bilik itu...... Dah lah tua...!!!! Hodoh pulak tu...!!!! hahaha
Isteri : .....???
22 July 2011
Keluarga Orang Asli dan Cermin
Related Posts
About Usy@M^^
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam kunjungan...wah, nice blog..terim kasih sbb sudi jenguk dan follow blog sy. jasa mu dikenang!
ReplyDeletesalam kunjungan...terima kasih sbb sudi jenguk2 blog sy.
ReplyDeletehaha.. ngutuk diri sendiri
ReplyDeletehikhik.. lawak betul.. mula baca cm tak fhm.. msk 2 kali br leh imagine.. ahakz..
ReplyDeletehehe...mksudnya ank ppuan dia la yg x cntik. haha
ReplyDeletehahaha.. adehh.. kelakar lah.. :P
ReplyDelete