Hye2, Hangat tajuk ku kali nie.. Korang mesti dah banyak kali dengar nasihat pasal hal2 tutup aurat. Boleh di katekan macam2 alasan yang di beri lebih lagi kebanyakkan alasan dah boring di dengari. Ku sekadar kongsi Alasan yang merupakan halangan tak mahu tutup aurat. Bukan nak kate tunjuk baik tapi sekadar nasihat sesama islam..
1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke ?? > Dik yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.
2. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok > Dah lalu lalang depan mata, Suka tak suka kene tengok gak. Adakah ko berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?
3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. > Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.
4.Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. > Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?
5. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. > Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.
6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. > Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.
7.Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) > Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia daripada patuh suruhan Allah?
8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. > Macam ne seru tu. Nasihat yang di beri tu seru ler. Nak seru macam ne lagi.?? Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.
9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. > Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.
10. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.> Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. Ikhlas ke tak Ikhlas lain cite yang penting buat. Hidup di dunia ni kita lebih banyak tidak Ikhlas daripada Ikhlas..
Aku sekadar memberi teguran tanpa terniat untuk menyakiti sesiapa. Teguran menunjukkan tanda sayang orang terhadap kita. Dalam hidup jangan jadikan alasan tu satu halangan. Alasan di beri merupakan halangan dalam hidup kita untuk tidak mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Islam Indah dan merupakan kejayaan dalam kehidupan.
12 August 2011
Alasan Paling Popular Wanita Tak Mahu Menutup Aurat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Pompuan banyak alasan macam tu la. Nak tunggu sakaratul maut menjemput agaknya. Nauzubillah...Jangan mare sape yang terasa baca ya. :)
ReplyDeletewow, cukup pedas. Namun ianya teguran yang amat bernas.
ReplyDeleteBagus teguran camni.Sebab ayat-ayat tu semua dah selalu disebut (terutama dek artis). Dorg ni nak kena tunggu seruan *mati* baru nak berubah kot..huhu
ReplyDeleteTeguran mcm nie mmg elok zaman skrg.. Thnx krn menyokong...
ReplyDeletewah sesetengah tu sy sendiri penah dengar. bila agaknya diorang2 ni nak berubah eh? :P
ReplyDeleterajin ko buat survey.. ekeke
ReplyDeletemacam dah biasa bace je entry ni..
ReplyDeleteNak mati tapi nak masuk syurga? Bunuh diri kan confirm masuk neraka.
ReplyDeleteSo, macam mana nak mati on d spot tapi bukan bunuh diri dan bukan masuk neraka?
Any idea?
Please be logic, jgn bg komen:
1-untuk mati syahid perang..(coz I want to die in Malaysia, n as fast as possible)
2-jangan cakap pray to Allah untuk meninggal cepat n masuk syurga (coz I been doin it after every pray n before sleep, and as long as I can remember)
Please help me here..