WASHINGTON: Kromosom kanak-kanak daripada lelaki berkahwin lewat didapati tidak normal hingga lemah dari segi intelektual, dipercayai disebabkan usia bapa yang lanjut.
Kromosom tidak normal adalah disebabkan oleh beberapa variasi nombor salinan atau ‘CNV’, merujuk kepada struktur beberapa keadaan menyebabkan kehilangan atau kesilapan susunan DNA dalam sel. Perkara itu boleh diwarisi atau berlaku secara tiba-tiba dan menjadi punca biasa penyakit.
Pasukan penyelidik melakukan analisis secara sistematik dan menemui banyak CNV dalam hampir 3500 orang yang hilang upaya intelektual antara 2006 dan 2010.
Mereka mendapati, CNV yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak diwarisi membabitkan 227 orang yang bermakna keadaan itu wujud dua kali ganda daripada biasa sama seperti bagi mereka yang mempunyai autisme dan tiga kali ganda di kalangan mereka yang menghidap penyakit asma.
Analisis seterusnya untuk menentukan CNV asal di kalangan data daripada 118 orang mendapati 90 kes berasal daripada bapa dan tiga suku daripadanya kehilangan turutan DNA.
Penyelidik kemudian membahagikan responden memiliki CNV kepada dua kumpulan iaitu mereka yang mempunyai gen DNA berulang-ulang dan mereka yang tidak mempunyai DNA berulang-ulang.
Penyelidik turut membandingkan usia ibu bapa dalam dua kumpulan itu dengan mereka yang tidak mempunyai masalah hilang upaya intelektual.
Kumpulan tidak mengalami DNA berulang-ulang, golongan paling ramai membabitkan lelaki pada usia lanjut yang memberi petunjuk kepada bagaimana memahami sebab CNV terbentuk, kata penulis.
Kesimpulan yang dibuat ialah peningkatan CNV baru tidak hanya disebabkan oleh DNA lelaki tetapi usia bapa juga memainkan peranan, kata penulis.
“Sebagai rumusan, data kami buat pertama kalinya meyakinkan bukti bahawa faktor CNV bapa paling besar menjadi faktor kepada kelemahan intelektual,” katanya. Kajian itu disiarkan secara dalam talian oleh Jurnal Perubatan Genetik.
Sumber : Berita Harian
Lelaki Kahwin Lewat Anak Kurang Bijak ?????. Mungkin ada yang dah baca artikel ni kat akhbar Berita Harian pada rabu lepas. Mungkin ada sebahagian lelaki memadang sebelah mata je pasal perkara ni & mungkin ada sebahagian lagi lelaki akan merasa gusar tentang perkara ni.
Dari kajian sains yang dilakukan mungkin ianya tidak 100% tepat tapi dari sudut positif kerana banyak lagi perkara yang boleh mempengaruhi faktor intelektual anak yang dilahirkan, walaubagaimana pun ada beberapa kebaikan yang boleh ambil jika lelaki berkahwin awal & salah satu sebab utama yang saya ingin kongsikan ialah kerana:
- Jika seseorang lelaki berkahwin diantara umur 25 hingga 27 tahun, kemudian setahun selepas perkahwinan bersama pasangan, mereka dikurniakan anak & untuk tempoh lebih kurang 21 tahun akan datang, anak tadi sudah pun sekurang-kurangnya menamatkan pengajian di peringkat diploma & sudah boleh bekerja untuk mencari pendapatan & di sini apa yang kita dapat lihat ialah usia si bapa pada ketika ini ialah antara 47 hingga 49 tahun & masih boleh bekerja sehingga umur mereka mencapai 56 tahun, keadaan ini akan dapat mengelakkan si bapa terbeban dengan masalah kewangan untuk menanggung segala kos kehidupan & juga kos pembelajaran anak-anak mereka & di dalam masa yang sama anak yang sulung juga sudah boleh diharapkan untuk membantu keluarga.
p/s - rasanya cukuplah ulasan panjang lebar tu, kalau nak nak diikutkan banyak lagi kebaikan yang boleh kita semua ambil, cuma sekadar ingin berkongsi dengan pembaca. Lewat lak ku post entri nie...
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...