20 March 2012

Bola Sepak Wanita Terpinggir

Posted by   on

Cukup malang bagi sebuah pasukan Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSMW) di pinggirkan FAM. Adakah kerana Bola Sepak Wanita sentiasa kalah besar dan lemah? Adakah adil Mereka membuat penggadilan terhadap Skuad Wanita?

- creadit picture Kosmo online -

Mereka boleh dibentuk dan dilatih menjadi terbaik kalau pihak sepatutnya bersungguh dalam hal pembanggunan sukan untuk wanita. Siapa tak rasa malu jika sentiasa kalah, jadi ambil pendekatan untuk menggubah Kalah Kepada Menang.

PERSATUAN Bola Sepak Wanita Malaysia (PBSWM) kecewa kerana terus dipinggirkan oleh badan induk sukan bola sepak negara, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Timbalan Presiden PBSWM, Tunku Ellie Badariah Tunku Ahmad berkata, Pengerusi Jawatankuasa Bola Sepak Wanita, Tan Sri Annuar Musa memulakan langkah bagi membangunkan semula skuad wanita namun tidak mendapat reaksi positif daripada FAM.

“Pada 2009, Annuar telah memberikan senarai nama anggota Jawatankuasa PBSWM yang baharu kepada FAM, tetapi sehingga kini kami tidak menerima apa-apa maklum balas atau panggilan untuk mengadakan perjumpaan tentang persatuan bola sepak wanita kebangsaan,” katanya semalam.

Beliau berkata, tanpa sokongan FAM, hasrat Annuar yang menetapkan tempoh empat tahun mulai akhir tahun lepas bagi membentuk kembali skuad bola sepak wanita kebangsaan tidak akan tercapai.

Tunku Ellie yang juga pengasas persatuan itu telah hampir separuh abad berusaha membangunkan sukan bola sepak wanita supaya ia terus bergerak sama seperti bola sepak lelaki di negara ini.

“Saya berharap sukan bola sepak wanita dapat diteruskan dan berjalan lancar seperti mana bola sepak lelaki di Malaysia,” katanya.

Tunku Ellie berkata, beliau aktif membangunkan sukan itu apabila menubuhkan Persatuan Bola Sepak Wanita Negeri Sembilan pada 1956 sebelum memperluaskannya ke Melaka, Johor, Pahang, Kuala Lumpur, Selangor, Perak, Sabah dan Sarawak. – Bernama : Creadit Kosmo


Tidak kira Lelaki atau Wanita Atau Peminat Atau Pengkritik dll sokonglah mereka supaya boleh jadi pemain Bola sepak Wanita negara yang setaraf Asia. Selepas tu baru pikir tahap lagi tinggi.

  1. kena bukti kan dalam pertandingan..jgn jadi mangsa belasahan..klu dah kuat peminat akan datang..hehehe

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter