13 March 2012

Senarai Saman Paling Pelik Dan Mengarut

Posted by   on


Salah sikit nak saman. Boleh bawa berunding tapi cari cara yang menyusahkan. Nasib baiklah Negara kita belum ada kes saman sampai tahap mengarut.

Kebanyakan berlaku di US, Saman yang dikemukakan oleh penculik ke atas mangsanya sehingga dia ditangkap oleh polis, menduduki carta teratas dalam 10 Saman Paling Mengarut pada tahun lalu yang dikeluarkan oleh ILR.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan ILR itu, saman `gila’ dan mengarut itu menjadi bahan ketawa banyak pihak.

Presiden ILR, Lisa Rickard dalam kenyataan itu berkata, ia juga menunjukkan bahawa undang-undang telah disalah gunakan oleh pihak tertentu yang bukan sahaja menyebabkan kehidupan mereka yang disaman terjejas, malah ia juga memberikan kesan kepada pekerjaan dan pembangunan ekonomi negara.

Keputusan tinjauan saman paling mengarut itu dibuat oleh orang ramai yang mengundi melalui laman web FacesOfLawsuitAbuse.org .

Senarai 10 Saman Paling Mengarut tahun lalu yang dipilih oleh orang ramai.

• Pasangan penculik menyaman mangsa kerana gagal membantu mereka mengelak daripada ditangkap polis

• Seorang lelaki yang membawa senjata haram ke dalam bar dan cedera dalam pergaduhan telah menyaman pemilik bar berkenaan kerana gagal mencarikan senjatanya.

• Seorang remaja menyaman ibunya kerana gagal menghantar kad dan mainan yang disukainya.

• Seorang wanita yang tidak bersetuju dengan pulangan wang sebanyak 80 sen telah menyaman pemilik pasaraya sebanyak AS$5 juta.

• Seorang ibu menyaman pemilik pra sekolah berhubung prospek kolej untuk anaknya.

• Seorang lelaki mengemukakan saman dengan alasan hakim yang mengendalikan kesnya terlalu tua.

• Seorang lelaki yang obes telah mengemukakan saman kerana ruang di gerai kedai burger terlalu sempit.

• Wanita menyaman penerbit filem kerana tidak banyak aksi memandu dalam filem bertajuk Drive.

• Penumpang sebuah kapal cruz menyaman kapal itu kerana bergerak terlalu laju sehingga menyebabkan bergoyang ke kiri dan kanan.

• Seorang ibu menyaman Chuck E. Cheese kerana permainannya menggalakkan kanak-kanak berjudi.

sumber: mynewshub.my

Kalau boleh jangan buat saman mengarut, buat malu sendiri je..

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter