Terbaca satu News daripada Yahoo!! dimana sumbernya cerita datang dari Malaysia Kini. Minat ku membaca adalah mungkin di sebabkan cas yang dikenakan dan peraturan PTPTN yang menyusahkan tetapi sebaliknya.
Apa kata korang bace dahulu...
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mensasarkan 5,000 mahasiswa dan 'mangsa' hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan turun berhimpun menuntut pemansuhan pinjaman itu bulan depan.
Perhimpunan itu akan diadakan pada 14 April ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi SMM Muhamad Safwan Anang ( kanan ) dalam sidang medianya di Kuala Lumpur pagi ini.
"Ia sebagai satu simbolik kepada kerajaan, bahawa mereka tidak lagi dipercayai, untuk membawa agenda pendidikan percuma dan mansuhkan PTPTN," katanya.
Turut hadir dalam sidang media itu wakil Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Muhammad Afiq Asyraf, penggerak "Kelab Mangsa PTPTN" bawah Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh dan Setiausaha Agung Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia Mohammad Hafizudin Abdul Mukti.
Sementara itu, Mohamad Hafizudin berkata perhimpunan itu juga bagi menuntut kerajaan memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama, bermula tadika sehingga PhD.
Katanya saban tahun, semakin ramai graduan yang menganggur dan dibebani dengan hutang akibat pinjaman dan faedah yang ditetapkan oleh PTPTN.
"Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi yang kain seperti petroleum, balak dan sebagainya.
"Melalui hasil cukai sahaja, rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD," katanya sambil menambah ia tidak mustahil dilakukan seperti diamalkan oleh beberapa negara.
Hafizudin mendakwa kerajaan terlalu boros berbelanja atas keperluan lain yang sia-sia termasuk dakwaan rasuah yang berleluasa sehingga menyebabkan negara rugi dan menanggung hutang berbillion ringgit.
Perhimpunan yang bakal merugikan masa depan negara dan pelajar. Kenapa? Cuba korang baca bahagian di 'Bolt' (hitam).
"rakyat berhak mendapat pendidikan percuma daripada peringkat tadika hinggalah PhD"Demo menyusahkan orang ramai untuk berjalan bersama keluarga serta membuat jalanraya menjadi sesak. Lebih baik mereka berunding dan mendesak dengan cara lain tanpa bersuara atas jalan raya. Jangan ikut cara orang BARAT. Belajar tinggi2 pakai otak ler.
Apa kata bincang dengan PTPTN dengan meminta seperti ayat yang ku ambil dari Komen kat yahoo nie.. Idea bernas dan boleh pakai. Nie barulah pakai Otak..
Apa kata SMM bincang dgn kerajaan, skim spt di bawah :Tapikan setahu aku duit yang korang pinjam dari PTPTN bukan semata2 untuk beli bahan belajar tapi untuk kegunaan perbelanjaan kehidupan seharian. Kebanyakan pelajar habiskan 80% untuk kegunaan tidak berfaedah seperti beli gadget, dating, duit muka motor or kereta dsb. hanya 20% untuk di gunakan kehidupan seharian seperti makan, sewa dsb. Betul tak pe ku kata..
- Graduate with 3.5 above convert to full scholarship dan gov. byrkan hutang PTPTN tu.
- Grad with 3.0 - 3.49 convert to 70% scholar and 30% byr blk sendiri hutang PTPTN.
- Grad with 2.7 - 2.99 convert to 30% scholar and 70% byr blk sendiri hutang PTPTN.
- Grad 2.69 and below jgn cakap byk bayar balik loan 100%. Siapa suruh tak study btl2.
Kalau semua mintak free pun saya rasa tak fair pd graduan2 yg betul2 belajar. Yang gagal dan tak perform tu kena byr baliklah. Barulah kita ajar anak2 muda kita untuk mengambil tanggungjawab dan berdaya saing. In fact it hv made me a better and responsible person today.
p/s : Kalau tak nak hutang belajar tak payah pinjam. Pakai duit sendiri or parents.
creadit Yahoo News.
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...