25 May 2012

Najwa Latif Nafi Menyindir Pihak Media

Posted by   on

- Yahoo Malaysia -

Hanya kerana single Lagu bertajuk ' Kosong' Najwa Latif di fitnah menyindir wartawan. Kesian penyanyi muda yang popular di Youtube di fitnah tanpa usul periksa.

Lagu 'kosong' dicipta kakaknya Syafikah Latif menafikan khabar angin tersebut.

"Saya tidak berniat menyindir wartawan sebaliknya ia dihasilkan sebagai pemangkin semangat saya selain untuk dikongsikan kepada orang lain sekiranya menghadapi masalah," jelas Najwa.

Penyanyi berusia 17 tahun ini berkata, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyakiti mana-mana pihak, sebaliknya lirik lagu yang ditulis adalah semata-mata untuk memberi inspirasi kepada diri sendiri dan orang lain.

"Walaupun adakalanya saya dikritik tetapi saya mengambil perkara itu sebagai positif untuk memperbaiki diri tetapi setakat ini tidak pula saya mempunyai masalah atau bermusuh dengan mana-mana pihak media,"

Sementara itu, kakak kepada Najwa, Syafikah Latif turut menafikan dakwaan tersebut dan menganggap tuduhan yang dilontarkan tidak berasas.

"Sebelum tulis lirik lagu berkenaan, saya terlebih dahulu berbincang dengan Najwa tentang tema, konsep lagu dan sebagai remaja kami ingin menghasilkan sesuatu yang dapat memberi inspirasi kepada orang lain terutamanya golongan remaja,"jelasnya.

Tambah Syafiqah lagi, dia tidak boleh menghalang penilaian orang lain kerana setiap orang punya pandangan mereka sendiri.

"Saya dan Najwa tidak perlu melenting terhadap dakwaan ini sebaliknya menerima semua dengan positif untuk memperbaiki kelemahan yang ada."

Ketika ditanya bagaimana penerimaan Najwa berhubung cerita negatif yang menimpanya, Syafiqah berkata dia sangat berbangga dengan adiknya itu kerana tidak mudah melatah apabila dihimpit kontroversi. sumber - mstar


Susahlah industri music dimalaysia hendak maju jika mereka tidak faham maksud sesebuah lagu dengan menghentam tanpa usul periksa. Lagu 'Kosong" oleh Najwa adalah lagu ke dua yang disalah erti selepas lagu 'Bawaku Pergi' dinyanyikan oleh Kaka & Zizan.

Inilah cabaran dalam industri music Negara yang sedang meningkat naik. Industri lagu dari negara luar di agung tinggi2 manakala Industri Lagu negara sendiri di kutuk walau kualiti sebaik lagu luar.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter