MasterChef Selebriti Malaysia akan ditayangkan selama empat kali seminggu selama 28 episod. Program ini juga bakal memperlihatkan barisan selebriti terlibat yang harus berdepan dengan pelbagai ujian menarik dan kritikan yang pastinya menguji kebolehan memasak, kreativiti serta ketahanan bukan sahaja daripada segi fizikal tetapi juga mental mereka di dapur. Bezanya untuk program ini, setiap selebriti yang terlibat ini akan memasak bagi membantu dana badan-badan kebajikan yang mereka wakili.
Program MasterChef Selebriti Malaysia yang buat julung kali diterbitkan ini bakal menampilkan 16 orang selebriti tanah air yang popular dalam bidang masing-masing iaitu Dato’ Fazley Yaccob, Tomok, Azwan Ali, Karl Shafek, Jehan Miskin, Angah Raja Lawak, Farouk Hussien, Mejar Dr. Faiz, Juliza Adlizan, Thanuja, Siti Sarah Raisuddin, Serina Redzuawan, Raja Azmi, Salamiah Hassan, Louisa Chong dan Soo Wincci.
Siaran telah bermula 26 Mei 2012 (sabtu), tapi baru sekarang saya buat entri pasal nie.. Jadi siapa2 yang rasa ketinggalan episod 1 & e boleh tengok ulangannya..
28 May 2012
Saksikan Master Chef Selebriti Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...