04 July 2012

Edisi Marah | Perangai Pelik Jiran Di Bandar

Posted by   on

Cara kehidupan dibandar berbeza dengan kehidupan di kampung dari pelbagai segi. Adakah nilai murni yang  ada didalam diri sebagai orang Melayu yang peramah, tegur menegur, saling hormat menghormati perlu di buang?


Mungkin bagi segelintir Melayu nilai peramah, tegur menegur dan hormat sesama jiran tidak boleh dipakai dibandar. Merupakan tanggapan yang sangat tidak betul. Sedangkan bangsa lain masih menggunakan nilai yang dipakai dikampung.

JS merujuk kepada satu cerita dikawasan taman perumahan sederhana mewah di Petaling Jaya, dimana taman tersebut dihuni ramai bangsa cina, india dan hanya beberapa orang melayu. Saudara JS baru duduk taman tersebut. Dipendekan cerita jirannya terdiri cina di kiri, kanan, depan dan belakang. Melayu selang dua rumah dari rumah saudara JS.

Cina taman perumahan suka menegur saudara JS tiap pagi begitu juga dengan jiran lain. Hinggakan anggapan JS terhadap cina yang kaya adalah sombong adalah tidak benar. Tapi berlainan dengan jiran melayu yang komunitinya tidak sampai 10 orang.

Sangat sombong serta tidak suka tegur menegur walaupun dengan bangsa melayu sendiri. Sombongnya tinggi hinggakan saudara JS pernah kena marah disebabkan perkara kecil sahaja. Tidak perlulah buang nilai murni orang melayu walaupun sudah mewah.

Sekadar mewah kerana makan gaji dengan syarikat orang lain, lupakan sahaja nak banga diri. Barulah JS paham bahawa melayu kita adalah bangsa "Mudah Lupa diri". Bangsa lain tidak anaya Melayu tetapi Melayu sendiri yang menganaya Melayu.

JS bukan hendak kutuk bangsa sendiri, tetapi malu dengan sikap orang melayu yang cepat melatah. Lihatlah persekitaran anda, tentu anda dapat nilai keadaan sebenar.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter