19 July 2012

Tutorial | Cara Mudah Beli Domain

Posted by   on


JS hendak berkongsi sedikit cara mudah beli Domain dekat NetKL. Mungkin ada antara korang berminat untuk membeli Domain tetapi tidak tahu caranya.


Kenapa JS pilih dari NetKL? Harga dan perkhidmatan yang amat baik terhadap pelanggan serta urusan pembelian yang mudah. Tutorial ni khas untuk pakej blogspot sahaja, maksudnya NetKL yang akan lakukan setting domain untuk anda. Anda cuma perlu bayar, kemudian guna sahaja domain tu. Pihak NetKL hanya cas RM3 sahaje untuk pemasangan bebaloi membayarnya. Sebab tak payah susahkan diri untuk setting DNS sendiri..

Kelebihan Memiliki Sendiri Domain nama :
1. Anda memiliki 100% hak ke atas nama domain (URL)
2. Nama senang diingati dan pendek
3. Lebih komersil dan nampak professional
4. Ranking Alexa cepat naik
5. Mesra SEO untuk search engine

Dekat bawah ada bayaran tahunan yang anda perlu bayar untuk domain. JS pilih [dot]com sebab RM35 + RM3 untuk pemasangan, semua sekali RM38 la.. Sangat Murahkan..
- Senarai Harga Domain Dari NetKL -


- Cara Buat Tempahan/Pembelian -

1. Klick pada Banner dekat bawah nie..


2. Klik Domains

3. Anda klik pada Banner Flash (Lihat gambar). Klik pada Banner tersebut.

- Banner Flash Dalam Kotak Merah tue -

4. klik ‘order now‘ pada ‘blogger/blogspot

5. klik pada ‘i want netkl to register a new domain for me’ –>> Pilih Nama Domain anda –>> pilih anda nak Domain mana “.com‘ ke, ‘.net‘ ke  –>> Dah pilih klik ‘click to continue‘.

6. Jika status domain tu ‘available‘, tekan ‘click to continue‘. kalau tak, pilih domain lain sampai la status tu ‘available

7. Isi borang ni –>> Add to Cart

Apa yang perlu isi ?

a) your blogspot’s Address/URL : url blogspot yang anda nak pasang domain tu. JS nak pasang kat blog ni, jadi JS letak la ‘http://jiwasyamsul.blogspot.com‘

b) username of your blogspot’s admin : email yang anda gunakan untuk login blog anda.

c) password of your blogspot’s admin : password login blog anda.

8. Tick pada ID protection. free sahaja anda tidak kena cas. kalau anda tidak tick, maklumat nama/alamat akan didedahkan –>> Update Cart

9. Tekan Checkout

10. Isi maklumat dalam borang –>> tick ‘i have read and agree to the terms of service' –>> klik ‘Complete order‘.

11. Anda akan diberi senarai bank yang anda boleh buat bayaran. dan anda akan dapat nombor invoice anda. sila simpan nombor invoice ini untuk kegunaan semasa pembayaran.

klik ‘back to client area’.

Proses tempahan dah selesai. sekarang adalah proses pembayaran pula.

- Cara Proses Pembayaran -

Pembayaran boleh dibuat melalui bayaran online seperti Maybank2u, CIMBclicks, dan sebagainya atau melalui mesin ATM. Bayar pada nombor akaun yang pihak NetKL bagi. Ingat!! Kalau anda bayar melalui mesin ATM, simpan resit tu sebab anda perlu beberapa maklumat dalam resit seperti tarikh dan masa selepas membuat bayaran melalui online atau mesin ATM.

1. Pada client area, klik ‘open ticket‘.

2. klik ‘sales‘

3. Isikan maklumat yang diminta dan tekan submit.

Perkara apa yang perlu di isi anda?

a) Nama dan email dah diisi secara automatik sebab anda dah login, Jadi abaikan part tu.

b) subject : nombor invoice anda. contoh tulis seperti ini ; Invoice : nombor invoice anda

c) related service biarkan ‘none, priority? bagi high lagi senang.

d) Pada bahagian message, isi maklumat ni;

    1. Nama akaun :
    2. Nombor akaun :
    3. Tarikh :
    4. Masa :
    5. Jumlah :
    6. No. Invois :

Nama akaun tu bermaksud bank yang anda guna semasa bayar domain. Letak nama penuh anda dan sebagainya.

Tarikh dan masa tu adalah tarikh dan masa anda membayar, bukan masa anda isi ticket ni. kalau anda bayar melalui ATM, ada la tarikh dan masa pembayaran kat resit tu.

Jumlah tu jumlah yang anda bayar. No. Invois (Cara buat tempahan/Pembelian refer no. 11 ) di isi bagi memudahkan pihak NetKL menyemak Invois.

4. Siap!! sekarang, Anda hanya perlu tunggu balasan tiket tersebut, sama ada domain anda dah diaktifkan. Jangan lupa cakap terima kasih kat diorang bila domain anda telah diaktifkan..

  1. Mohon share :) Akan dikreditkan ke blog ni jugakk

    ReplyDelete
  2. kalau guna ATM mesin deposit, Pada bahagian message nak tulis apa pula..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulis spt yg sy tulis di atas..

      1. Nama akaun :
      2. Nombor akaun :
      3. Tarikh :
      4. Masa :
      5. Jumlah :
      6. No. Invois :

      Delete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter