Lagi Iklan Hari Raya untuk tatapan umum rakyat Malaysia. Sebelum ini, ramai tidak sabar menanti Iklan Hari Raya Dari PETRONAS (2012). Penantian untuk Iklan PETRONAS sangat sia-sia. Iklan PETRONAS mendapat komen yang kurang baik daripada penonton.
- Iklan Hari Raya BERNAS - |
Mengisahkan perjalanan 2 orang anak yatim yang kurang upaya iaitu Ahmad dan Fizi untuk pulang menyambut Aidilfitri sungguh menyentuh hati. Disini JS kongsi dengan anda video yang diambil dari Youtube untuk tatapan anda.
Mesej yang ingin disampaikan adalah kekurangan yang di miliki merupakan kelebihan yang tidak ada kepada insan lain. Kekurangan bukan alasan untuk kita terus memberi alasan.
Hari Raya yang bakal tiba, janganlah kita lupakan anak yatim, orang kurang berkemampuan dan umat islam yang lain. Bersyukurlah apa yang kita ada, ingatlah apa yang kita ada tidak mungkin kekal selamanya. Nasihat JS pada anda, kita tidak selalu berada diatas ada masanya kita akan kebawah juga. Fikirkan..
tengok iklan boleh nangis tau skrg ni.
ReplyDeletehaaaaaaaa