Anda patut tonton YouTube Lagu ini sebab apa, anda akan tahu sendiri. JS tidak menyebelahi mana2 pihak cuma tidak sokong bila ianya di ungkit segala pemberian pada kita. Layan sedikit artical dibawah dan jika hendak tonton youtube lagu ini boleh tekan YouTube.
KUALA LUMPUR: Baru lima hari disiarkan di Youtube, namun sudah 31,046 orang menyatakan benci kepada lagu tema Kemerdekaan ke 55 berjudul 'Janji Ditetapati'.
Hanya 460 sahaja menyatakan suka kepada lagu yang penuh mengampu kerajaan BN ini.
Pendekata, setiap kali lagu ini di'referesh', bilangan mereka yang menyatakan 'dislike' bertambah.
Lagu yang mengambil masa 3:36 minit penuh dengan puji-pujian kepada kerajaan BN.
"Ini bukan lagu tema Hari Merdeka, ini lagu Barisan Nasional. Rais...betul? admit sahajalah..." tulis salah seorang pengunjung yang mendengar lagu ini.
Sebelum ini, Menteri Penerangan dan Kebudayaan serta Warisan, Datuk Seri Rais Yatim telah mengumumkan penarikan logo sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 selepas mendapat bantahan ramai.
Ekoran itu, beliau mengumumkan,logo 1 Malaysia sebagai logo rasmi Hari Kemerdekaan kali ini.
Orang ramai juga membantah tema sambutan iaitu 'Janji Ditepati' kerana ia adalah tema kempen BN.
Kini lagu sempena sambutan ini juga dibantah pelbagi pihak.- sumber
Berikut adalah lirik lagu Janji Ditepati yang mendapat bantahan menyeluruh ini.
Lagu Tema - Janji Ditepati (Sambutan Hari Kemerdekaan ke-55) Lirik dan Video
Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati
Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi
(Chorus)
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia
Pendapat JS mengenai lagu ini adalah lagu mengungkit segala pertolongan dan bantuan yang diberi kepada rakyat. Lagu ini nak rakyat balas balik jasa dengan mengundi kerajaan ini dan bukan parti lain.
Memang sepatutnya memang ramai tidak menyukai dan menolak lagu ini. Lagu ini hanya sesuai untuk dinyanyikan dalam Parti politik tersebut bukan untuk hari kebangsaan (Merdeka).
biasalah. pasti ada yg suka dan sebaliknya.
ReplyDelete