JS kongsi dengan anda cerita lawak yang tidak seberapa. Jom layan......
Bakal Pengantin
Bapa Pengantin : Kamu hendak bawa isteri kamu tinggal dimana lepas kahwin ?
Bakal Menantu : Saya akan ikut kehendak anak pak ciklah.
Bapa Pengantin : Majlis Bagaimana kamu kehendaki bagi meraikan hari perkahwinan itu nanti?
Bakal Menantu : Saya ikutkan sahaja kehendak isteri pak cik.
Bapa Pengantin : Bagaimana kamu hendak menanggung isteri dan keluarga kamu nanti?
Bakal Menantu : Yang ini saya serahkan kepada Pak ciklah!!!
Bapa Pengantin : Hampeh..!!!
Mimpi
"Setiap malam aku bermimpi berjalan ke sana sini. Penat tau aku dibuatnya." Keluh seorang pemuda kepada rakanya.
"Habis apa kau nak buat ?" Tanya si rakannya.
"Mulai malam ini aku nak bawa basikal naik atas katil!"
Temberang
Suatu hari terdapat tiga sahabat datang berborak si suatu kedai kopi.
A : Bapak aku teror tau. Korang tau tak gunung Everest itu dipernah daki tau!
B : Bapak aku lagi hebat. Dia pernah berenang dari semenanjung Malaysia ke Singapura.
C : Bapak korang tak hebat la. Korang tau tak laut Mati? Dia yag bunuh..
Malas Ke Sekolah
Jam sudah menunjukan pukul tujuh pagi. Salim masih lagi berdengkur. Ibunya segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu : Salim.. Salim.. bangun nak, pergi sekolah , nanti kamu terlambat.
Salim : Alah mak.. Salim tidak mahu pergi sekolah..
Ibu : Apa ? tidak mahu ke sekolah ??! Baiklah.. Salim berikan Emak Bagi dua sebab mengapa Salim tidak mahu ke sekolah.
Salim : Semua murid tidak suka Salim.Guru-Guru sekolah pun tak suka pada Salim.
Ibu : Itu buka alasan untuk Salim tidak ke sekolah. Cept! bangun sekarang..!!
Salim : Baiklah. Sekarang Emak bagi dua sebab mengapa Salim mesti pergi ke sekolah.
Ibu : Eh... eh.. Bertuah punya anak..!! Salim dengar baik-baik.. Pertama, Salim sudah berusia lima puluh tahun.. Kedua, Salim kan PENGETUA SEKOLAH..!!!
LAWAK... hiiiiiii
ReplyDelete