Mencari Broadband yang menepati kehendak bukannya mudah. Untuk memilih Broadband mesti mempunyai beberapa ciri yang dapat memenuhi kehendak yang di kehendaki.
JS pasti anda pasti agak pening untuk memilih Telco mana yang terbaik untuk langgan Broadband. JS sendiri juga mempunyai masalah dari segi pemilihan broadband. Mana tidaknya, untuk memilih broadband perlu tahu beberapa ciri yang mesti di fikirkan.
Ini adalah antara ciri yang JS fikirkan sebelum membeli Postpaid Broadband :
1. Pakej Harga Broadband
Bab harga untuk Postpaid broadband perlu di ambil kira bagi mengelakkan bajet bulanan lari sehingga tidak mampu bayar. Jika anda pelajar sebaiknya memilih broadband harga kurang daripada RM50 sebulan.
2. Pemilihan Internet Quota Broadband.
Internet quota berdasarkan pakej Harga yang di ambil. Jika murah harga bulanan maka Internet quota pun semestinya rendah antara 3GB or 4GB. Jika anda memilih Internet quota tinggi maka harga pun tinggi. Ianya bergantung penggunaan anda terhadap internet. Jika untuk download dan tonton video sebaiknya Internet quota tinggi. Jika sekadar layari internet dan bersosial sekadar Internet quota rendah.
3. Broadband Coverage
Yang ini penting banyak. Hendak beli broadband kena tahu sama anda kawasan anda ada Coverage untuk Telco ini atau tidak. Jangan fikir untuk 1 kawasan tempat tinggal sahaja, fikirkan juga kawasan rumah parents dan tempat berkaitan. Jika tidak, rugi sahaja jika tidak dapat guna ditempat yang bakal dituju..
4. Pembayaran Bill
Tempat pembayaran bill semestinya mudah. Pembayaran mestilah boleh dibayar di Agen berdaftar, Pejabat Pos, Kedai Tenaga atau melalui Perbankan Internet. Jika kaedah pembayaran sukar, dinasihatkan supaya tidak mengambil Broadband dari Telco tersebut kerana kemungkinan berlaku permasalahan untuk bayaran berikut.
Sekarang ini banyak Telco telah muncul dan memberi perkhidmatan Broadband yang sangat terbaik. Apa yang perlu kita lakukan sebagai pengguna adalah bijak memilih bagi mengelakan ketidak puas hatian..
leeza guna maxis n celcom skrg. tp bb rosak. simcard ada.. dua2 bayar bulan2... haizzzz.... nk beli bb nyer tu.
ReplyDeleteany rekeman?
semua ni mesti diambil kira dulu sebelum langgan mana2 pakej broadband. kalau tak, buat rugi je nanti.
ReplyDeletetq sudi berkongsi :)
@Leeza dayasari [santai leeza]- guna shj Hpn sbg broadband..nk beli br mahal..
ReplyDelete@Amirez - sememangnya btl..sama2..