Kenali Pekerja Utiliti | Dalam beberapa hari ini SA terbaca dalam surat khabar mengenai kes rompakan yang melibatkan penyamar pekerja Utiliti seperti TNB (Tenaga Nasional Berhad) dan SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor).
Kenapa perlu kenali mereka? Tujuan adalah memastikan anda tidak menjadi mangsa jenayah rompakan akibat kecuaian sendiri..
Kebanyakan dari kita tidak tahu sampai tahap mana pekerja Utiliti punya bahagian. SA kongsi dengan anda sampai tahap mana bidang tugas 2 syarikat Utiliti ini..
- TNB - Tugas mereka dari menjana bekalan sehingga Meter rumah anda. Lebih daripada Meter rumah anda adalah tugas anda untuk telefon kontractor wiring.
- SYABAS - Tugas mereka sehingga paip meter rumah sahaja. Lepas dari Paip meter ke dalam rumah adalah tugas anda untuk telefon tukang paip.
Cara Kenali Pekerja Ini ;
1. Pastikan mereka (pekerja Utiliti) memakai pakaian Uniform syarikat.
2. Menggunakan kenderaan milik syarikat Utiliti.
3. Memberi surat arahan pemotongan semasa membuat pemotongan Elektrik atau Air.
4. Mempamirkan kad pekerja.
SA sarankan jangan bagi mereka masuk ke rumah jika mereka ingin berbuat demikian. Jika anda ingin juga bagi mereka periksa, Pastikan anda tidak keseorangan didalam rumah.. Mencegah lebih baik sebelum ianya terjadi...
terima kasih.. mmg kena alert ni. agr tak ada perkara buruk berlaku.
ReplyDeleteKadang kala kita lupa semua ni. Tahun lepas org TNB dtg rumah nk tukar meter elektrik. Dia tak pakai uniform, tak ada kad penguatkuasa, kenderaan TNB pun tak nampak (mungkin dia jalan dari satu rumah ke satu rumah). Tak terfikir juga org itu menyamar atau mmg betul org TNB. Nasib baik suami ada jd biarlah suami yg uruskan dan mmg betul org itu org TNB walaupun dia berpakai biasa. Pengajarannya, kita mudah sgt percaya dgn org dan kdg kala lupa nak ambil langkah berjaga-jaga terutama skrg ni dah byk kes rompak, rogol dan sebagainya.
ReplyDelete@aisyah btl tu..langkah keselamatan perlu d utamakn..
ReplyDelete