28 April 2013

Menarik Kereta Chevrolet Edisi Man Utd

Posted by   on

Menarik Kereta Chevrolet Edisi Man Utd | Bagi peminat Man Utd mesti seronok bila mendapat kenderaan Chevrolet Edisi Terhad Man Utd. Apa yang SA tahu untuk mendapatkanya perlu menyertai peraduan yang dibuat oleh Mamee-Double Decker dengan membeli barang makanan Mister Potato.

Menyertai Peraduan Snack & Win adalah semudah membeli pek peraduan Mister Potato dan menjawab beberapa soalan mudah untuk mendapatkan mata ganjaran. Sepuluh mata ganjaran juga boleh diperolehi dengan mengunjungi bilik pameran sah Chevrolet untuk pandu uji. Pemenang akan dipilih berdasarkan mata ganjaran tertinggi yang berjaya dikumpul di penghujung tempoh peraduan. Dibuka hanya untuk rakyat Malaysia, peluang sekali seumur hidup ini tidak harus dilepaskan oleh para peminat.- Mister Potato

Walaubagaimana pun tarikh tutup pada hari ini 28 April 2013, agak lambatlah bagi yang hendak sertainya. SA tulis entri ini bukan hendak promosi peraduan ini tertapi terjumpa kenderaan Edisi Terhad Man Utd yang dibeli peminat Man Utd. Orang yang memiliki kenderaan ini semestinya mempunyai kewangan yang menarik.



Dapat lihat dengan dekat serta sentuh sudah cukup walaupun tidak memilikinya. Bagi yang dapat memiliki kenderaan Edisi Terhad pasti akan puas dan semestinya menjadi tarikan orang ramai bila memandu kenderaan ini.

SA bukan peminat Man Utd Football Club (MU FC) hanya seronok-seronok melihat Kenderaan Keluaran Edisi Terhad dari Chevrolet.

  1. Hanya peminat fanatik sahaja akan menyukainya. Bagi saya pula, dah macam bukan kereta sendiri, mcm kereta penaja le pulak.

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter