Jemputan Khas dari Kenny Rogers Roasters | Kebanyakkan blogger pernah di jemput oleh pihak pengiklanan untuk datang sesuatu aktiviti yang pihak pengiklanan anjurkan. SA pernah terbaca beberapa entri dari blogger lain mengenai jemputan yang di beri oleh pihak Nuffnang dan pihak pengiklanan yang berkaitan untuk datang perasmian mahupun kebajikan.
Apa yang SA tahu, pengiklanan akan pilih berdasarkan ciri yang mereka inginkan untuk datang ke majlis mereka. Dengan cara sebegini pihak pengiklanan akan mendapat feedback dalam blog secara percuma daripada penulis blogger yang hadir ke majlis anjuran mereka.
SA juga tidak ketinggalan mendapat jemputan dari pihak Kenny Rogers Roasters untuk menjayakan aktivivti yang mereka jalankan. SA mendapat Jemputan Khas dari Kenny Rogers Roasters untuk datang majlis " Roasters Chicken Run pada 23 Jun 2013 " . Ini jemputan amal yang dibuat oleh Kenny Rogers Roasters.
Kepada Blogger,
Kenny Rogers ROASTERS berbesar hati menjemput anda untuk menyertai Roasters Chicken Run pada 23 Jun 2013 ini! Ia merupakan kali ke-9 yang dianjurkan oleh Kenny Rogers Roasters bertujuan untuk mengumpul dana bagi badan-badan kebajikan. Berikut adalah maklumat acara tersebut :
- Tarikh: 23 Jun 2013, Ahad
- Masa: 7:00 pagi
- Tempat: Sunway Lagoon
- Yuran penyertaan: RM 62 untuk Dewasa (Kategori A, B, C & D) RM 57 untuk kanak-kanak (Kategori E & F)
Peserta hanya berjalan di laluan yang ditetapkan di sekitar kawasan Sunway Lagoon sambil membawa telur di dalam kon sepanjang keseluruhan laluan.
- Maklumat Lanjut: http://a.pgtb.me/5v9Pnr
Peserta yang berdaftar akan mendapat:
· PERCUMA T-shirt eksklusif,· PERCUMA “goody bags”,· PERCUMA baucar makan Kenny Quarter Meal bernilai RM25· PERCUMA tiket masuk ke semua taman Sunway Lagoon (Water Park, Amusement Park, Wildlife
Park, Extreme Park and Scream Park) pada 23 Jun 2013 bernilai RM108
Penyertaan terhad kepada 5000 peserta sahaja. Tarikh tutup penyertaan adalah 16 June 2013!
Bayaran boleh dilakukan di mana-mana KRR berdekatan. Jika anda ingin membayar secara online bank-in, anda hanya perlu membalas email ini untuk maklumat lanjut.
p/s: Anda juga boleh mendaftar sebagai KRR Klix blogger untuk menerima jemputan eksklusif dari kami di masa akan datang http://bit.ly/KRRblogger
SA mungkin tidak sertai disebabkan kerja yang tidak menentu sejak akhir ini. Jadual padat dengan aktiviti kerja dan keluarga sepanjang 3 bulan ini. Lepas ini, kalau ada jemputan lagi dari mana pihak, mungkin SA akan cuba datang untuk membuat suasana kecoh disana..hehehe...
Kalu jemputan utk makan free mesti jadual padat tu boleh di adjust...betul tak? hehe
ReplyDeleteya betul...!!!
ReplyDelete