22 June 2013

Berkenalan Dengan Imotiv Dari Nuffnang

Posted by   on

Logo Imotiv

Berkenalan Dengan Imotiv Dari Nuffnang | Jika anda login akaun Nuffnang, pasti anda perasaan kewujudan Imotiv pada bahagian atas sebelah gambar anda. SA pula baru perasan kewujudannya baru-baru ini selepas cuba menekan logo Imotiv.


Apa yang SA tahu nama Imotiv adalah baru, sebelum in ianya di kenali sebagai Nuffnang X. SA pasti kebanyakkan blogger tidak tahu mengenainya. Imotiv ini lebih kurang seperti Google Reader yang terdapat pada dashboard blogger. Terdapat beberapa penambah baikan dibuat bagi menjadikan imotiv sangat berguna dan mudah digunakan oleh blogger.

Imotiv telah juga telah diselaraskan (sync) dengan akaun Facebook atau Twitter. Ianya bagi memudahkan kita untuk berkongsi cerita di Facebook atau Twitter dengan menerbitkan bahan cerita tersebut pada paparan secara automatik. Blog yang anda telah Follow di Blogger boleh di Import ke Imotiv.

Kelebihan Imotiv sangat berguna pada pengguna smartphone berbanding yang menggunakan destop atau laptop. Jika kita hendak lihat entri terkini dari blogger terkenal tidak perlu susah payah untuk login blogger pada web smartphone. Hanya sekadar login applikasi Imotiv dan kita boleh mengetahui update terkini blog pilihan yang di Follow untuk dibaca.

Aplikasi Imotiv boleh didapati di Android dan Apple Store untuk di download. Memudahkan untuk membaca blog pilihan kita dimana sahaja dan bila-bila masa tanpa membuka dashboard blogger. Sedikit Preview untuk anda..

Imotiv Login Page

Imotiv Dashboard

Tekan pada gambar untuk lihat dengan lebih jelas. Ini sahaja gambar yang boleh SA dapat kongsikan untuk anda. Jika hendak lebih jelas penggunaan Imotiv, daftar di Nuffnang kemudian Download Aplikasi di smartphone dan cuba sendiri sama ada berguna atau tidak. Sudah cuba baru tahu...

  1. tak tengok dah bukak tapi entahlah macam takde fungsi aje

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter