19 June 2013

Siapa Kejam, Hantu Atau Penjenayah

Posted by   on

Siapa Kejam, Hantu Atau Penjenayah ? | Drama dan movie yang ditayangkan di televisyen banyak menggambarkan kejamnya hantu. Manakala mengenai penjenayah pula betapa lembutnya perangai mereka bila membuat jenayah bila ianya ditayangkan ditelevisyen. Apakah tanggapan kita terhadap Hantu dan Penjenayah?


Apa yang SA kongsikan adalah tanggapan kita terhadap 2 sifat makhluk yang mempunyai perangai dan sifat   yang berlainan tetapi di salah ertikan kita. Sering kali bila ketahui mengenai cerita hantu, pastinya akan terfikir  makhluk halus lebih menyeramkan dan menakutkan. Ianya akan menjadi satu cerita yang membuatkan kita fikir betapa kejamnya hantu.

Tanggapan seperti itu adalah salah sama sekali. Hantu cuma makhluk halus yang ditugaskan untuk menakutkan serta mengacau manusia dan menggangu manusia yang menggangu kawasan mereka. Sifat kejam terhadap manusia hingga membawa mati adalah tidak benar.

Pernahkah anda mendengar kes makhluk halus membunuh, merogol, atau mencederakan manusia?. Tidak bukan. Puncanya mereka tiada fizikal yang boleh menyentuh manusia. Kebanyakkan manusia bunuh diri sendiri sama ada secara sengaja atau tidak sengaja apabila terus digangu oleh hantu.

Berbeza dengan penjenayah merupakan makhluk manusia yang mempunyai fizikal, akal, nafsu dan kehendak. SA buat 1 contoh jenayah - Jika rumah atau diri kita disamun apa yang pencuri akan ambil? Semestinya barang berharga yang boleh dijual. Adakah cukup barang yang diambil perompak? Jawapannya tidak. Jika mereka tidak berpuas hati mereka akan meminta lagi dimana barang berharga disorong.

Jika tidak memberi tahu dimana barang berharga tersebut disimpan, nyawa mungkin hilang. Jika tidak pun anda mempunyai anak perempuan, adik perempuan atau kakak perempuan mungkin akan dirogol. Jika perompak jalanan pula mereka akan meragut sehingga orang yang diragut hilang nyawa. Kejam bukan penjenayah ini.

Sekarang ini SA hendak tanya kepada anda, Adakah hantu masih kejam dalam fikiran anda? Jika ya, sila ubah sekarang minda anda kepada penjenayah adalah KEJAM. Hantu pula? Jika anda rasa takut dengan rupanya, banyak berisgtifar dan jangan ditegur kehadirannya. Jika hendak lari, pergi ke surau, masjid, jiran atau kawasan ramai orang.

Petua yang SA dapat, kepada yang balik kerja malam, lalu kawasan hutan atau kubur, singgahlah di mana-mana tempat sementara (kedai makan atau stesen minyak dll ). Tujuan bagi mengelak makhluk halus (hantu) mengikut anda ke dalam rumah. Jika mereka sudah duduk didalam rumah anda memang susah untuk hantu keluar buat selamanya. Hantu akan kembali menghuni didalam rumah anda suatu masa nanti untuk menghantui kehidupan.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter