13 July 2013

Apa Yang Istimewa Restaurant Mamak

Posted by   on

Apa Yang Istimewa Restaurant Mamak | Banyak kedai makan yang ada kenapa agaknya Restaurant Mamak juga yang penuh dengan pelanggan?. Agaknya apa yang istimewanya Restaurant Mamak sampai begitu ramai gila gemar ke sana?


Jika kita lihat juga dimana sahaja tempat di Negari, pasti Restaurant Mamak juga yang penuh dengan pelanggan. Tidak kira dimana kedai tersebut diletak. Bila di lihat dari senarai makanan Restaurant Mamak lebih kurang sama dengan kedai makan lain. 

Persoalan tersebut akhirnya terjawab juga. Jawapan tersebut berdasarkan pemerhatian SA dan juga pendapat yang di dengar dari pelanggan yang berkunjung secara tidak sengaja.

Wifi Restaurant Mamak

Apa Yang Istimewa Restaurant Mamak

1. Layanan (service) Pantas :- Duduk sahaja Restaurant Mamak terus dapat pelayan yang minta pesanan makanan dan minuman. Tidak perlu memanggil - manggil untuk membuat pesan makanan dan minuman. Jika sesetengah kedai panggil pelayan untuk ambil pesanan seperti memanggil kanak-kanak balik rumah.

2. Pesanan Cepat Sampai - Tidak perlu tunggu lama untuk mendapat makanan atau minuman. Dalam masa kurang 10 minit hidangan telah siap di letak dihadapan. Tinggal hendak ngap masuk dalam mulut sahaja. Kedai makan lain, sampai 2 kali pesan air masih tidak sampai makanan yang di pesan..

3. Bill Sudah Sedia Ada - Tidak perlu ulang apa yang dipesan sebaliknya mereka yang bagi tahu apa yang kita makan dan bagitahu jumlah harga perlu dibayar. Tidak perlu pening kepala hendak fikir kembali apa yang telah dipesan.

4. Restaurant Bersih - Bab ini paling SA suka sangat. Bila Restaurant bersih barulah selera untuk jamah makanan. Bersih dari dapur, makanan, ruang makan, tandas sehingga pekerja segalanya tiada yang kotor dan selekeh.

5. Mempunyai Kemudahan Wifi - Ini juga salah satu kegemaran bagi SA atau mungkin anda mahupun pelajar IPT. Sudahlah Wifi FREE, laju pula bila download, tonton Youtube atau layari laman Web. Ini adalah salah satu tarikan di Zaman Moden.

Tidak boleh puji banyak nanti harga makanan naik dan kena servis tax pula. Restaurant lain bagus juga, cuma bagus dalam 2 bulan. Selepas dapat pelanggan ramai mulalah cas bermacam - macam sehinggakan menggunakan Wifi pun hanya di hadkan 30 minit sahaja.

  1. Saya memang terlalu jarang makan di kedai mamak, tapi alasan2 diatas tu memang ada kebenarannya. Lagi satu...sekarang ni kedai mamak, segala menu ada! Tom Yam dan western pun ada! Segalanya di bawah satu bumbung...TV pun besau!

    ReplyDelete
  2. Btl2 yg dikatakan..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter