Tunas Nenas Dalam Balang | Setelah lama menghilangkan diri, akhirnya muncul kembali untuk berkongsi entri dengan anda. Baru ini SA menyibukkan diri di Politeknik Shah Alam semperna Hari Konvo yang di adakan. Kemerihan pelajar yang mengambil sijil dan pelbagai perangai orang dapat dilihat di sana.
SA juga bekas pelajar Politeknik Shah Alam, bila lihat telatah ibubapa, kawan pelajar graduate dan pelajar graduate, barulah SA dapat lihat suasana ketika SA masa graduate dahulu. Seronok rasanya bila di ingat kembali. Terdapat juga pelbagai kedai yang menjual bunga, makanan, minuman, jualan murah ais cream, pameran dari polis, Selangor FM dan NGO.
Paling banyak kedai hanya kedai Pameran NGO (Badan Bukan Kerajaan) yang menarik perhatian SA. Apa yang membuat SA menarik adalah barang yang dipamerkan untuk jualan amal. Barang tersebut adalah tunas pokok nenas yang telah diletak dalam sebuah balang.
Walaupun dalam balang ianya masih boleh membesar. Jika dibuka penutupnya perlu ditanam terus dan tidak boleh disimpan lagi dalam botol. Jika didalam botol apa yang perlu dibuat hanya beri sinaran matahari sedikit sahaja supaya kekal segar.
Rasa sayang untuk buka dan tanam diluar kerana jika didalam balang pokok nenas ini kelihatan menarik untuk dijadikan hiasan pokok hidup dalam balang. Satu hari nanti pasti SA akan tanam juga di tanah tapi bila waktunya,? masa akan tentukan.. Bagi yang minat hendak jual atau memiliki Anak pokok ini boleh hubungi pembekalnya dengan tekan gambar di atas yang ada nombor penjual..
Unik...pokok nenas dalam botol, pokok lain boleh tak? Tapi sekadar hiasan je la, kalau nak sampai berbuah, kena guna balang besar lah kot...hehe
ReplyDeletep/s: selamat menyambut ramadhan :)