16 September 2013

Nasib KL Gangster 2

Posted by   on

Nasib KL Gangster 2 | Seperti yang kita sudah maklum mengenai Filem KL Gangster 2 yang telah di upload di laman web dan dicetak rompak. Tajuk mengenai Filem KL Gangster 2 di cetak rompak telah menjadi bahan popular pencarian selepas ianya di muat turun di internet.

KL Gangster 2
-CD/DVD Cetak Rompak-
Kebanyakan telah berjaya muat turun Filem KL Gangster 2 dan ada juga tidak kesampaian apabila link download telah di padam pihak berwajib. Bagi yang tidak ada internet boleh dapat CD/DVD cetak rompak semurah RM5. Barang FREE cepat sahaja di ambil tanpa fikir keburukan.

Bagi yang sudah tonton Filem KL Gangster 1 mungkin keliru sedikit mengenai watak yang telah mati ada dalam  KL Gangster 2. Mengikut kata yang telah menonton Filem KL Gangster 2, Filem ini adalah kisah sebelum Filem KL Gangster 1.

Apa yang dapat di katakan bahawa Filem KL Gangster 2 boleh masuk dalam "Malaysian Book Of Record's" sebagai filem pertama Malaysia yang harga pembikinan RM4.5 juta telah di cetak rompak sebelum di tayangkan pada pawagam. Hehehe...

Apa yang SA dapat simpulkan, Filem KL Gangster 2 di muat turun di internet dalam video dan audio belum sempurna Edit. Kenapa SA kata begitu kerana dari segi bunyi audio yang masih berdesing manakala video (paparan gambar) kekuningan serta malam. SA dapat tonton filem ini secara tidak sengaja dari kawan dan jiran.

Bagi yang telah menonton cetak rompak, pelbagai komen telah di beri. SA copy paste dari pelbagai sumber komen yang menarik perhatian sahaja dalam blog atau web. Komen yang terebut SA telah edit sedikit bagi memudahkan memahami ayat yang dinyatakan. Di sini SA balas balik setiap komen yang mereka berikan secara fikir logik.
" Elok lah Filem KL Gangster 2 di cetak rompak bahasa yang digunakan agak kasar dan tidak sesuai untuk di tonton oleh kanak-kanak"
Jawapan SA : Dah Nama pun filem Gangster takkan lah hendak gunakan bahasa romantik. Filem ini khas untuk golongan 18 tahu keatas bukan untuk budak sekolah rendah. Ianya hanya lakonan yang dilakon.
" Filem KL Gangster 2 mengajar budak2 & rakyat Malaysia buat jahat"
Jawapan SA : Sebelum KL Gangster 2 di buat filem, memang budak2 & rakyat Malaysia sudah pandai buat jahat. Semuanya disebabkan filem dari luar bukannya filem dalam negara. Lihat sendiri ops cantas yang sedang dilakukan polis betapa banyak kumpulan gengster yang wujud sebelum filem ini di hasilkan.
" Tak nampak real langsung. Macam hampeh!!"
Jawapan SA : Dah nama pun Filem jadi ianya hanya lakonan. Kalau betul memang dah mati semua pelakon tu.

Nasib KL Gangster 2 apabila ditayangkan mungkin sukar mendapat kutipan melebihi pembikinan atau sasaran. Segalanya bergantung kepada penonton sama ada mahu tonton lagi atau tidak. Apa boleh buat 'nasi sudah hangit'...

  1. Lagi banyak komen negatif lagi ramai yg nak tengok dipawagam...hehe
    Apa pun...cetak rompak dan kebocoran filem ini adalah sesuatu tidak wajar dan tidak bermaruah.

    ReplyDelete
  2. marah betul Yusuf Haslam, Shamsul hampir pencen dari mengarah katenyerr..

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter