Petrol RON95 Bakal Naik Lagi | Rakyat Malaysia sedang bercakap tentang suatu cerita seperti Negara bakal berperang. Pengilang, pemborong, peniaga dan stesen minyak lain cerita pula, mereka sedang menunggu dengan senyum gembira untuk menjadi orang kaya dengan peluang yang bakal tiba. Apakah cerita yang sedang hangat diperkatakan? Baca dahulu petikan berita dibawah...
KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke
negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah
di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.
Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.
Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.
Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.
Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.-Sumber Yahoo MY.Cerita apa lagi kalau bukan mengenai Petrol RON 95 bakal di naikan lagi. Cerita belum sahih petrol RON95 akan naik RM 0.15 sen. Sebelum ini Harga Minyak RON95 Dan Diesel Naik RM0.20. Cuma yang tidak boleh diterima adalah perbandingan dengan negara lain.
Tidak perlu pusing-pusing cerita, cerita sahaja penyeludupan banyak merugikan wang rakyat dan hasil negara. Bagi yang belum tahu subsidi Petrol dan Diesel di beri oleh PETRONAS bukannya kerajaan.
Negara kita kaya dengan Diesel tetapi kurang Petrol. Petrol yang ada tidak mampu menampung kehendak penggunaan rakyat jadi terpaksa meng Import Petrol jumlah yang banyak.
SA tidak salahkan Kerajaan 100% kerana ianya juga salah segelintir rakyat negara kita yang menjual minyak pada negara jiran. Kita jangan menggelabah lebih sangat, sudah tiba masanya untuk diri kita atur kembali pengurusan wang. Sebagai langkah berjimat cermat.
Kurangkan kehendak, tumpukan pada Keperluan..
No comments:
Write 8080 PeNgKrItIk & PeNcAdAnGThank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...