Waspada Panggilan Palsu Telekom Malaysia (TM) | Penipuan semakin menjadi sekarang ini. SA baru sahaja mengalami penipuan dari panggilan telefon. Tetapi nasib memang menyebelahi SA apabila SA mengambil tindakan dengan cara yang betul.
Bayangkan bila anda sendiri dapat panggilan memberitahu ada hutang dengan Telekom Malaysia (TM) kerana tidak bayar Unifi, talian telefon dan streamiyx berjumlah RM8,000.
Panggilan tersebut membuatkan diri terasa tidak ada mood di pagi hari yang ceria. Pemanggil mengenali dirinya sebagai pekerja TM, memberitahu bukan sahaja hutang dengan TM malah kreadit card MBF. SA memberitahu yang SA tidak pernah melanggan dari TM dan juga mempunyai kad kreadit MBF.
Pemanggil memberitahu alamat digunakan berbeza seperti dalam kad pengenalan dan memberitahu kemungkinan ada pihak ketiga salah menggunakan maklumat peribadi (salinan kad pengenalan). Panggilan tersebut terputus dengan tiba-tiba bila SA bertanyakan "Bagaimana hendak dilakukan terhadap hutang tersebut?".
SA mula curiga, mana tidaknya, bagaimana pemanggil itu tahu nombor telefon SA walaupun ada pihak ketiga telah menggunakan maklumat peribadi. Tindakan yang SA ambil adalah dengan menelefon kembali TM untuk mendapat pengesahan dengan lebih jelas.
Tindakan SA menghubungi TM telah menyelamatkan diri dari ditipu sendikit penipuan yang menggunakan nama TM untuk menipu pengguna. Menurut TM, penipu menyamar sebagai pekerja TM bagi membuat orang yang dipanggil merasa susah hati dan membuat tindakan mengikut arahan penipu ini bagi mengaut keuntungan.
Rupanya penipuan ini telah mula berlaku sejak tahun 2012 lagi. SA mungkin menjadi salah seorang mangsa penipuan ini jika tidak berfikir secara rasional atau panik. Mungkin ramai tidak tahu yang TM pernah menjawap pertanyaan seorang pelanggan yang bertanya dalam surat khabar pada 12 October 2012. SA sertakan keratan akbar tersebut.
![]() |
Tekan Gambar Untuk Bacaan Dengan Jelas |
Syukur kerana tidak terkena dan terima kasih kerana memberitahu...Semoga kita sentiasa waspada.
ReplyDeletewaspada sll..
Deleteterima aksih dia tas perkongsian pengalaman ni SA.. alhamdulillah SA tidak terjerat dengan taktik kotor pemanggil berkenaan.. aiza pernah hampir tertipu kad kredit, syukur aiza sempat block sebelum dia menjalankan kerja jahatnya.. apa-apa pun kita harus berhati-hati di zaman sekarang ni.. terlalu banyak jenayah sebegini..
ReplyDeletesama2..
Delete