04 October 2013

Perbelanjaan Tidak Masuk Akal

Posted by   on

Perbelanjaan Tidak Masuk Akal | Laporan Audit Negara telah banyak membongkarkan salah laku pekerja kerajaan. Lihatlah di mana-mana surat khabar pasti akan ada cerita mengenai jumlah pembayaraan yang tidak masuk akal.

Di laman sosial ramai menggutuk kerajaan kerana membazir duit rakyat dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak sepatutnya untuk negara serta rakyat. Sedangkan hutang negara telah melebihi 50% yang boleh menyebabkan banyak subsidi akan dikurangkan.

Apa yang SA sendiri agak terkejut bila barang yang dibeli iaitu jam dinding dengan harga murah di bayaran dengan harga tinggi. Kenapa mereka boleh meluluskan jumlah wang sebanyak itu hanya untuk sebuah jam yang bernilai RM 100. Lihatlah bagaimana kerajaan membazirkan wang rakyat di kala ekonomi dunia tidak menentu.


Kerajaan menyuruh rakyat supaya berjimat cermat dalam kehidupan seharian tetapi kerajaan sendiri membazir wang berjuta ringgit hanya untuk perkara yang tidak munasabah. Kini kerajaan sedang bergantung kepada wang KWSP (EPF) untuk meneruskan ekonomi kerajaan.

Manakala syarikat GLC seperti Petronas dipaksa memberi subsidi petrol kepada rakyat. Begitu juga dengan TNB yang perlu memberi subsidi kepada rakyat yang bil kurang RM20. SYABAS pula dipaksa menaikan harga air bagi mendapat extra wang bagi menampung operasi kerajaan.

Kita mungkin tidak berapa nampak bahawa kewangan negara sedang bermasalah di sebabkan kerajaan menutupnya dengan rapi. Tetapi bagi yang bekerja disyarikat GLC pasti sudah ketahui hal sebenar berdasarkan.

Sudah tiba masanya kerajaan berjimat cermat seperti syarikat swasta dan berhenti memberi janji wang kepada rakyat. BR1M sebaiknya tidak perlu diberi seperti kata Tun Mahathir bagi mengelakan rakyat Malaysia terus meminta-minta seperti peminta sedekah.

  1. Jangan nanti sampai menang sorak tapi kampung tergadai! Pemimpin tidak amanah pasti akan terima akibatnya!

    ReplyDelete

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter