14 June 2015

Segalanya Naik

Posted by   on

Segalanya Naik | Semakin terasa poket makin sempit akibat pelbagai barang di naikkan harga. Belum lagi habis cerita mengenai GST (Goods And Services Tax) kini ada lagi yang sedang ikut naik. Tahun ini paling banyak cerita naik harga berbanding turun harga. Ekonomi dalam sebuah keluarga yang berpendapatan jumlah RM3000 sudah tidak mencukupi untuk kehidupan selama sebulan.


Aku sendiri yang berpendapatan sederhana pun sudah agak pening hendak menguruskan kewangan. Banyak yang sudah dipotong bagi mengelakkan poket kosong. Tetapi tetap ianya tidak mencukupi. Ini baru aku, belum lagi orang lain, pasti lagi pening.

Dengan kewujudan GST, Harga Keperluan Naik, Petrol Naik, Tol bakal Naik dan Dalam tahun ini juga Elektrik Naik. Yang turun hanya barang kehendak seperti Kereta, Barangan elektrik dan Perabot. Barang yang kadang-kadang kita membelinya.

Antara Alasan Ianya Di naikan ;

GST
Sebelum Ianya dilaksanakan, kempen dilakukan bukan main hebat siap kata 70% barangan akan turun dan hanya 30% akan naik. Tetapi selepas dilaksanakan, 10% barang turun ( RM0.10 je turun ) manakala 90% barangan Naik ( Antara RM0.50 - RM150 ). Rata-rata barangan tiada penurunan sebaliknya naik sekali ganda dari harga asal. Bila mengadu pada kerajaan ini jawapan mereka "jangan beli kalau mahal" atau "siapa yang mengadu perlu di ambil tindakan undang-undang" ( kejamkan )

Petrol
Turut ikut naik, dengan alasan harga petrol dunia sudah meningkat. Malaysia kan kaya dengan hasil petrol Diesil yang di jual dengan harga mahal, bagilah subsidi lebih sikit dekat rakyat Malaysia Sahaja. Yang tertanya-tanya Harga Petrol Dunia naik ke atau nilai Matawang RM jatuh..

TOL
Eh..!!! kenapa turut naik juga? Alasannya adalah perjanjian dengan syarikat TOL. Kenapa buat perjanjian macam ini bukan ke ianya membebankan rakyat. Lebuhraya tetap berlubang sana sini, yang paling tidak seronok ialah bayar tol tapi kena had laju 110km/j kalau tidak bernasib baik kene AES dan speed trap.

Elektrik
Ini mesti kerja TNB ( Tenaga Nasional Berhad ) yang hendak untung banyak. Tapi kan, Bila petrol naik kita salahkan kerajaan kenapa tidak salahkan PETRONAS ( Petrol Nasional ) yang mendapat keuntungan berpuluh bilion? Bab elektrik ini kita tidak boleh salah kan TNB kerana yang menaikan elektrik adalah Kerajaan. Kerajaan yang ada kuasa untuk naik atau turunkan Harga. Syarikat TNB dan PETRONAS hanya sebuah syarikat yang menguruskan perkhidmatan dan jualan sahaja. Senang cerita dorang ini contractor lah. Punca di naikan tarif ( Khabar angin yang belum sah ) untuk jatuhkan TNB dengan cara membiarkan rakyat menyalahkan TNB bukan Kerajaan.

Ini baru sikit yang aku boleh kongsikan, banyak lagi yang bakal naik. Malas hendak aku cerita banyak nanti di panggil Ahli politik Pembangkang pula. Rakyat yang Membangkang tidak semestinya Ahli Politik pembangkang sebaliknya merasa tidak setuju dengan idea yang dibuat. Padahal kita ini rakyat yang berhak bersuara sama ada hendak menyokong atau membangkang rancangan kerajaan. Rakyat yang memilih kerajaan untuk mentadbir Negara. Fikirkanlah siapalah Perdana Menteri, Menteri Besar, segala jenis Menteri, YB, dan Wakil rakyat jika tanpa kuasa rakyat yang menyokong mereka.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter