07 October 2016

Keselamatan Kad Bank Jenis PayWave Lemah

Posted by   on

Keselamatan Kad Bank Jenis PayWave Rendah | Kita sedia umum bahawa pihak Bank Negara telah mengarahkan Bank di Malaysia untuk mereka menukarkan kad Bank pelanggan mereka kepada jenis PayWave. Penukaran kerana ciri keselamatan yang dikatakan lebih baik serta penggunaan kad jenis Paywave lebih mesra.



Bagi yang belum menukarkan, pihak Bank telah memberi pernukaran kad bank percuma sehingga hujung tahun 2016. Selepas itu, pelanggan bank perlu membayar untuk penukaran kad bank PayWave. Jika anda kunjungi bank, anda akan mendapati ramai yang memohon menukar kad bank baru.

Hanya terdapat sebuah bank memberi kemudahan penukaran dalam laman web iaitu Maybank. Sesiapa yang mempunyai Maybank2u tidak perlu bersusah payah membuang masa, hanya buka Maybank2u dan isi maklumat yang diperlukan. Lebih menarik kad bank anda boleh diletak gambar pilihan sendiri tetapi di cas RM10.60.

Sedang kita sibuk menukar kad Bank Paywave, terdapat 1 video (sumber YouTube) berkongsi tentang keselamatan kad Bank Jenis Paywave Rendah. Video youtube dibuat memberitahu bertapa lemahnya sistem keselamatan Kad PayWave.


Saya telah ikuti komen mengenai kad Paywave di laman sosial. Rata - rata pengguna memberi maklum balas berbeza mengenai kad Paywave. Komen yang saya boleh kongsi ialah Ada yang memberitahu jika penggunaan lebih RM200, perlu ada tandatangan. Tetapi ada yang memberitahu tiada tandatangan jika membeli melebihi RM200.

Ini bermakna jika kita kehilangan kad Paywave, kad paywave boleh digunakan dengan mudah hanya perlu menyentuh sahaja untuk membayar. Mesti kita akan merasa kecewa dan sedih jika mendapati wang dalam akaun Bank habis digunakan pihak lain.

Buat masa ini tiada apa-apa kenyataan dari pihak bank mengenai masalah ini. Bagi yang telah menukarkan supaya berhati-hati supaya kad anda tidak digodam seperti dalam video.

Thank For KoMeN... (n_n) Saya akan balas kunjungan Anda Kemudian...

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter