* Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.
* Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.
* Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.
* Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripadamusuhnya sendiri.
* Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaanhanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.
* Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satulawan dan yang mana satu kawan.
* Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki,menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadilelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelakisejati.
* Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripadadikesani oleh orang lain.
* Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidakmengejar nama.
* Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akanmengalah.
* Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap
* Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka andasebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.
* Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orangterhadap kesilapan mereka.
* Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuahkapal yang besar.
* Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yangbaik.
* Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.
* Imaginasi menguasai dunia.
* Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyaipeluang untuk menjadi pandai.
* Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantungkepadanya.
* Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya andatidak menjadi pembaca terlebih dahulu.
* Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yangluas.
* Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalahsuara yang paling merdu di dunia.
* Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripadaorang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepadakemiskinan mereka.
* Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkarayang anda suka.
* Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yangmencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.
* Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandangke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
* Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan andadan lupakan masa silam
* Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedangbersabar
* Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana
* Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalansendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain
* Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satumatlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari
* Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apayang anda dapat
* Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupansekaligus
* Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yangdimiliki
* Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana andamasih mempunyai masa depan.
* Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akanmengenal kemanisan
* Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untukmembina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abadkini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai
* Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malasialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuaidengan minatnya
* Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat
* Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah
* Mimpi itu adalah perlu dalam hidup
* Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak bolehdimusnahkan
* Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripadakemenangan terhadap orang lain.
* Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benartetapi tidak melakukannya
* Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya
* Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertamadaripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya
* Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan
* Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi andaboleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalumemikirkan masa depan anda
* Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang pentingbagaimana keadaan kita semasa hidup
* Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama
* Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi andaperlindungan dengan tidak memusnahkannya
* Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberialasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalahhinaan kepada Allah.
* Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkanhari ini
* Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadappeluang
* Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca
* Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.
* Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia
* Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai
* Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal
* Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku
* Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia
* Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.
* Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan
* Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi
* Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan
* Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan
* Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau
* Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu
* Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan
* Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya
* Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama
* Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian
* Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan
* Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat
* Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan
* Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri
* Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar
* Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar
* Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia
* Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya
* Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya
* Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan
* Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri
* Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan
* Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang
* Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati
* Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit
* Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.
jadikanlah aku lelaki hebat!
ReplyDeletecppc
jom join contest best
;-)
link contest
saya suka baca kata-jata hikmah mcm ni..
ReplyDeletebila rajin jadikan kata2 ni sbg pananda di porfolio kuliah....